top of page

Establish Vicarious Liability Provisions in the Public Service through the Public Ombudsman

By:

Fiqah Roslan

Affiliations:

The Tiada.Guru Campaign

Policy Code:

3d Anti corruption

Problem Statement:

Often, when a paedophile teacher molests or sexually assaults a student, the numerous superior officers in the school administration are rarely held accountable, even though failure to report misconduct is a serious misconduct in itself.

How can a competent principal “not know” that paedophilia and sexual assault are common occurrences inside their own school? It is wilful blindness, a psycho-social tactic when clear instances of wrongdoing are deliberately avoided to ensure the officer has plausible deniability if such cases are somehow exposed. Simply put, covering up misconduct makes their lives easier, no matter the SOP nor law.

Value(s) and Belief(s):

“If it takes a village to raise a child, it takes a village to abuse one.”

We must attack the root causes of misconduct; here, the severely weakened collective responsibility of misconduct. This root cause becomes an enabler that allows for years-long perpetuation of significant misconduct and/or corruption.

Proposal of Solution:

If a public servant is accused of misconduct, the Public Ombudsman must be empowered to initiate investigations against their superior and/or co-equal officers in cases where negligence was responsible for such inaction.

These specific investigations must be independently executed by the Public Ombudsman, instead of the internal disciplinary department. The investigations must, as a minimum punishment, require a lowering of the officers’ ranks: warnings and notices have been shown to be weak and ineffective punishment for most serious misconduct.

Some may argue that we just need to “teach” errant officers to be more diligent. Incorrect: the strongest lesson is by example and any teacher knows it incredibly well. Children will understand vicarious responsibility once they see it executed, not when those in power become mouthpieces using the language of reform but without the conviction to enact it.

Additional Information:

-

Translation

Isu dan Polisi Semasa:

Selalunya, apabila seorang guru pedofilia mencabul atau menyerang pelajar secara seksual, pegawai atasan dalam pentadbiran sekolah jarang dipertanggungjawabkan meskipun kegagalan untuk melaporkan salah laku itu sendiri merupakan satu salah laku yang serius.

Bagaimana pengetua yang kompeten “tidak tahu” bahawa pedofilia dan serangan seksual merupakan kejadian biasa di sekolah mereka sendiri? Ini adalah buta sengaja, satu taktik psikososial apabila kejadian salah laku yang jelas sengaja dielakkan untuk memastikan pegawai tersebut boleh menafikan tanggungjawab (plausible deniability) sekiranya kes seperti itu terdedah. Pendek kata, menutup salah laku menjadikan hidup mereka lebih mudah, tidak kira apa pun SOP atau undang-undang.

Nilai-nilai dan Kepercayaan:

“Jika membesarkan seorang anak memerlukan usaha sekampung, menzalimi seorang anak juga sama.”

Kita mesti mengecam punca-punca akar salah laku; di sini, tanggungjawab kolektif yang amat lemah mengenai salah laku. Punca ini menjadi pemangkin yang membenarkan salah laku dan/atau penyelewengan signifikan yang berlanjutan selama bertahun-tahun.

Penyelesaian:

Sekiranya seorang penjawat awam dituduh melakukan kesalahan, Ombudsman Awam mesti diberi kuasa untuk memulakan siasatan terhadap pegawai atasan dan/atau rakan sejawat mereka dalam kes di mana kecuaian yang menyebabkan tiada tindakan diambil.

Siasatan khusus ini mesti dilaksanakan secara bebas oleh Ombudsman Awam, bukan oleh jabatan tatatertib dalaman. Siasatan ini mestilah, sebagai hukuman minimum, mengakibatkan penurunan pangkat pegawai: amaran dan notis telah terbukti sebagai hukuman yang lemah dan tidak berkesan untuk salah laku yang paling serius.

Sesetengah orang mungkin berpendapat bahawa kita cuma perlu “mengajar” pegawai yang membuat silap supaya menjadi lebih tekun. Salah: pelajaran terbesar adalah melalui contoh dan mana-mana guru sedia maklum mengetahuinya. Anak-anak akan memahami tanggungjawab vikarius apabila mereka melihatnya dilaksanakan, bukan ketika orang yang berkuasa menjadi buah mulut menggunakan bahasa reformasi tetapi tanpa keyakinan untuk melaksanakannya.

Informasi Tambahan:

bottom of page