top of page

Ending Immigration Detention of Refugees and Asylum Seekers

By:

Tham Hui Ying

Affiliations:

Asylum Access Malaysia

Policy Code:

2f3 Refugees and undocumented

Problem Statement:

Refugees, asylum seekers and non-Malaysian children are vulnerable to arrest, detention, whipping and/or deportation for violating immigration laws. Refugees and asylum seekers registered by UNHCR hold a form of de facto status that allows some degree of protection. However, arrest and detention still occur for document verification, or when prosecuted for working without a permit and transferred to immigration detention upon completion of sentence. As refugees cannot be deported, immigration detention is indefinite. Prior to August 2019, the Malaysian government allowed UNHCR access to detention centres to conduct registration and assessment. Although refugees could still spend months in detention waiting to be processed, this effort allowed for screening and release. However, since August 2019, UNHCR’s access to detention has been halted, resulting in refugees languishing in immigration detention. Harsh conditions in detention have been documented by SUHAKAM. As of Nov 2020 there are 756 children in detention, of whom over 50% are unaccompanied.

Value(s) and Belief(s):

Article 14 of the UDHR grants the right to seek asylum from persecution. The principle of non-refoulement under international law provides that refugees who can face harm and persecution cannot be deported. The UNCRC also provides that children should never be detained for immigration purposes and alternatives should be explored.

Proposal of Solution:

1. In partnership with UNHCR Malaysia and civil society organizations, develop a formal policy to end immigration detention of refugees and asylum seekers.
2. As part of implementing this formal policy, develop screening and referral mechanisms for refugees and asylum seekers to seek asylum and be referred to more appropriate reception facilities instead of immigration detention.
3. Pending development of the formal policy, immediately grant UNHCR access into immigration detention centres to conduct screening and verification of currently detained refugees and asylum seekers.
4. MoHA and MWFCD to develop a formal policy to end immigration detention of all children. As a first step, immediately implement the ATD pilot program in collaboration with civil society and release unaccompanied children into alternative care arrangements that are not lock-down shelters.
5. Regularly publish data on the numbers of refugees, asylum seekers, and children in immigration detention, disaggregated by age, group, gender, nationality, and those registered with UNHCR.
6. MoH, MoHA, MWFCD, and the Immigration Department to work together to improve conditions in immigration detention, including but not limited to, improving the quality of food and water, provision of hygiene items for all detainees, improving latrine facilities, and prompt and adequate access to healthcare.

Additional Information:

~

Translation

Isu dan Polisi Semasa:

Golongan pelarian, pemohon suaka dan kanak-kanak bukan warganegara Malaysia terdedah kepada risiko penangkapan, penahanan, sebatan, dan/atau pengusiran kerana melanggar undang-undang imigresen. Golongan pelarian dan pemohon suaka yang berdaftar dengan UNHCR mempunyai satu bentuk status de facto yang memberikan mereka sedikit perlindungan. Walau bagaimanapun, penangkapan dan penahanan masih berlaku untuk pengesahan dokumen, atau apabila didakwa kerana bekerja tanpa permit dan dipindahkan ke pusat tahanan imigresen setelah selesai hukuman. Oleh kerana orang pelarian tidak boleh dihantar pulang ke negara asal, jangka masa penahanan di pusat tahanan imigresen adalah tidak tentu. Sebelum Ogos 2019, kerajaan Malaysia membenarkan dan memberikan akses kepada UNHCR untuk masuk pusat tahanan untuk menjalankan pendaftaran dan penilaian. Dengan ini, walaupun golongan pelarian masih boleh menghabiskan beberapa bulan dalam tahanan sambil menunggu untuk diproses, usaha ini sekurang-kurangnya membolehkan saringan dan pelepasan orang pelarian. Namun, sejak Ogos 2019, akses UNHCR kepada pusat tahanan telah dihentikan, dan menyebabkan golongan pelarian merana dalam pusat tahanan imigresen. Keadaan yang teruk dalam pusat-pusat tahanan imigresen telah didokumentasikan oleh SUHAKAM. Sehingga November 2020, terdapat 756 kanak-kanak dalam tahanan, di mana lebih 50% daripada mereka tidak diiringi.

Nilai-nilai dan Kepercayaan:

Artikel 14 UDHR memberikan hak untuk memohon suaka daripada penganiayaan. Prinsip non-refoulement di bawah undang-undang antarabanga memperuntukkan bahawa orang pelarian yang mungkin menghadapi bahaya dan penganiayaan tidak boleh dihantar pulang. UNCRC juga memperuntukkan bahawa kanak-kanak tidak boleh ditahan untuk tujuan imigresen dan alternatif lain perlu dicari.

Penyelesaian:

1. Melalui satu usaha kerjasama dengan UNHCR Malaysia dan organisasi-organisasi masyarakat sivil, membangunkan polisi rasmi bagi menamatkan penahanan imigresen orang pelarian dan pemohon suaka.
2. Sebahagian daripada pelaksanaan polisi rasmi ini adalah dengan merangka satu mekanisme saringan dan rujukan untuk orang pelarian dan pemohon suaka, di mana mereka boleh disalurkan kepada fasiliti penerimaan (“reception facilities”) yang lebih sesuai dan bukannya dalam tahanan imigresen.
3. Sementara menunggu dasar rasmi ini dirangka, UNHCR mesti diberikan askes dengan segera ke pusat tahanan imigresen untuk menjalankan saringan dan pengesahan orang pelarian dan pemohon suaka yang ditahan.
4. KDN dan KPWKM perlu merangka satu polisi rasmi untuk menamatkan penahanan imigresen ke atas semua kanak-kanak. Sebagai langkah pertama, program perintis ATD perlu dilaksanakan serta merta dengan kerjasama masyarakat sivil, dan semua kanak-kanak tanpa pengiring haruslah dibebaskan ke dalam tempat penjagaan alternatif dan bukan tempat perlindungan di mana kebebasan disekat.
5. Kerap menerbitkan data mengenai bilangan orang pelarian, pemohon suaka dan kanak-kanak dalam tahanan imigresen, dibahagikan mengikut umur, kumpulan, jantina, kewarganegaraan, dan mereka yang berdaftar dengan UNHCR.
6. Pihak KKM, KDN, KPWKM dan Jabatan Imigresen perlu bekerjasama untuk memperbaiki keadaan dalam pusat tahanan imigresen, termasuk dan tidak terhad kepada, meningkatkan kualiti makanan dan air, penyediaan barang kebersihan untuk semua tahanan, meningkatkan kemudahan tandas, dan memberikan akses penjagaan kesihatan yang segera dan mencukupi.

Informasi Tambahan:

bottom of page