OA Menentu Hala Tuju Sendiri

Proposer:

Tijah Yok Chopil

Affiliations:

Jaringan Kampung Orang Asli Semenanjung Malaysia

Policy Code:

2f1 Indigeneous People

Problem Statement / Issue:

Orang Asli(OA) golongan yang paling tertindas di Malaysia, Akta OA, Aboriginal Peoples’ Act 1954 adalah satu akta yang lama dan sudah jangka masa untuk perubahan (reform) akta ini sudah melebih masa. Akta ini kurang menyebelahi Orang Asli dan tidak mempraktik FPIC dalam apa jua urusan OA. OA bergantung besar kepada ajensi kerajaan ie JAKOA dalam segala aspek ie kelestarian kehidupan OA, kesihatan, pembelajaran, pembangunan dan ekonomi. Tanah adat OA masih banyak lagi yang belum digazet oleh kerajaan negeri maka kehidupan OA menjadi rumit.

Value(s) and Belief(s):

1.Sebagai pengundi, maka OA juga menuntut supaya mana2 calon baik MP atau Adun harus menanda tangani perjanjian bahawa mereka tidak boleh melompat parti.
2. Untuk perkara ini satu undang2 khas harus diwujudkan supaya tidak membenar adun dan MP melompat.
3. Adun dan MP harus hanya mempunyai 2 matlamat iaitu membangun negara dan memastikan rakyat smua terbela dan adil dlm menerima pembangunan dan kemajuan
4. Adun dan MP yang berjaya menjadi kerajaan harus melaksanakan tanggungjawab mereka untuk membela hak asasi rakyat termasuka OA.

Proposal of Solution and Call to Action:

1. Hak OA terhadap wilayah tanah adat OA hendaklah secepatnya diiktiraf dengan tidak memberi pelbagai alasan. Memandang kan kewujudan OA semenjak sebelum Malaysia terwujud lagi jadi ada lah sangat mustahil memberi alasan tidak memahami apa yg diperlukan atau dituntut oleh OA.
2. OA mempunyai adat budaya, kepercayaan dan amalan tradisinya tersendiri adun dan MP harus sedar dan akui perkara ini dan sebagai kerajaan mengiktiraf dan menghormati perkara ini dgn menghalang atau tidak membenarkan sebarang pengaruhi dari mana2 agensi yang akan membuatkan semua keunikan dan adat budaya serta kepercayaan OA ini akan hilang.
3. OA bukan minta dibelaskasihan tetap pihak yg menjadi kerajaan harus menghormati OA sebagai manusia dan rakyat yg juga mempunyai kebolehan berpikir, buat keputusan dan memilih apa yang lebih baik untuk diri kami.
4. Hak OA untuk mendapat pendidikan, kesihatan yang baik harus dihormati dan kerajaan harus memastikan semua keperluan berkenaan diambil perhatian.
5. Apa2 perkara berhubung pembangunan asas atau pembangunan ekonomi harus dibincang, dimaklum, dirunding dengan komuniti OA terlibat. Pemilihan wakil harus telus supaya wakil yg dipilih benar2 membawa suara OA.
6. Apa2 perlaksanaan pembangunan untuk OA harus libatkan OA setempat supaya mereka tahu semua proses perlaksanaan ini supaya OA tahu kos yg diguna-pakai oleh pelaksana dan keberkesanan projek kepada komuniti sekali gus ketelusan dalam penggunaan kos. Sebab OA sudah penat nama dipergunakan tetapi projek gagal dan akhir nya OA yg disalahkan.
7. OA mahu menentukan hala tuju sendiri pihak kerajaan hanya perlu membantu bukan membuat keputusan untuk OA.
8. Penentuan dalam pemilihan kepimpinan OA terutama dalam komuniti OA hendaklah dipilihan dan ditentukan oleh OA sendiri tidak mahu masuk campur dan tekanan dari mana- mana pihak.
9. Selagi isu pengiktirafan tanah tidak diutamakan dan diselesaikan maka permasalah OA tidak akan selesai.
10. Semua pencerobohan atau pembangunan kerajaan atau mana2 pihak luar yg bertindih atau libatkan tanah wilayah OA hendak lah dibatalkan dikeluarkan.
11. Hormati OA sebagai OA negara ini yang sudah terlalu banyak berkorban dengan membiarkan smua pihak mendiami tanah air ini dengan bebas, damai dan sejahtera selama ini.
12. Akta APA 1954 harus diperbaharui (reform), satu memorandum telah pun disiapkan oleh Bar Council dan NGO-NGO Orang Asli

Translation

Isu dan Polisi Semasa:

Nilai-nilai & Kepercayaan:

Penyelesaian: