#manifestorakyat2021
Hak Petani untuk Kehidupan Lebih Baik
By:
Ku Nurasyiqin
Affiliations:
-
Policy Code:
3l Agriculture
Problem Statement:
Sektor pertanian di Malaysia dianggotai oleh sebilangan besar petani kecil (lebih 100,000 petani padi berdaftar, tidak termasuk tanaman-tanaman lain) yang menyumbang kepada pengeluaran pelbagai hasil pertanian. Namun begitu, didapati bahawa petani kecil terdedah kepada risiko kemiskinan apabila pendapatan mereka terjejas, yang akan memberi pelbagai kesan kepada kesejahteraan kehidupan mereka seperti kesihatan dan sekuriti makanan. Perubahan persekitaran seperti ketidaktentuan cuaca dan serangan penyakit menjadikan tugas petani lebih mencabar. Pada masa yang sama, pandemik COVID-19 dan kenaikan kos sara hidup juga meletakkan petani kecil dalam situasi yang sukar. Meskipun Dasar Agromakanan Negara menyasarkan peningkatan pengeluaran saban tahun, ia tidak akan dapat dicapai jika hak asasi petani tidak dilunaskan terlebih dahulu.
Value(s) and Belief(s):
Right to food, right of peasants
Proposal of Solution:
Komponen hak petani perlu diangkat sebagai sebahagian daripada dasar MAFI. Petani kecil memerlukan beberapa sistem sokongan: 1) jaringan keselamatan sosial yang akan menjamin pendapatannya semasa tempoh cuaca buruk atau serangan penyakit dan 2) bantuan extension officer untuk menambahbaik amalan pertanian supaya mendapat hasil yang lebih baik/ pendapatan yang lebih baik. Pada masa yang sama, perlu ada penilaian tentang intergenerational poverty dalam keluarga petani. Penyelesaian bagi masalah kemiskinan adalah kompleks namun perlu dilakukan bagi mengelakkan hal ini daripada terus berpanjangan. Selain itu, kesan langsung daripada pandemik COVID-19 terhadap kehidupan petani juga perlu diambil kira terutamanya terhadap aspek-aspek kehidupan seperti zat makanan, pendidikan, dan kesihatan mental. Secara kolektif, petani perlu memahami hak mereka sebagai petani dan menuntut supaya ia diketengahkan dalam keputusan-keputusan kerajaan.
Translation
Isu dan Polisi Semasa:
Nilai-nilai dan Kepercayaan:
Penyelesaian: