Hentikan Pengusiran Petani Dan Penternak Kecilan Demi Mengekalkan Pengeluaran Dan Jaminan Makanan Rakyat Malaysia

By:

Vijayagandi Ramasamy

Affiliations:

MARHAEN (PSM)

Policy Code:

3e Economic Justice

Problem Statement:

Penternak kecil kecilan dari seluruh Semenanjung Malaysia ingin memohon kepada Perdana Menteri Malaysia berangkap Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk mencampur tangan dan mengekalkan para petani dan penternak kecil yang diancam oleh pengusiran di merata tempat di Malaysia. Walaupun kami sedang mengeluarkan sebahagian besar daripada produk tenusu dan daging untuk rakyat Malaysia, ramai antara kami diancam oleh pengusiran paksa.

Beberapa ribu penternak kecil sedang diancam oleh keputusan syarikat Sime Darby untuk menghalau semua penternak dari ladang-ladang Sime Darby yang merupakan kawasan ragut untuk para penternak selama 50 tahun yang lalu.

Value(s) and Belief(s):

Bencana wabak Covid 19 berkemungkinan besar menjejaskan jaminan makanan untuk rakyat Malaysia. Hampir 30% daripada makanan yang dimakan oleh rakyat kita diimpot masuk ke Malaysia. Jumlah harga makanan yang diimpot adalah RM 53 bilion pada tahun 2018. Bilangan impot sayur-sayuran adalah RM 4.6 bilion manakala jumlah import tenusu dan daging adalah RM 7.7 bilion. Wujudnya risiko bahawa rantaian bekalan makanan daripada luar negara akan diganggu oleh bencana wabak. Oleh itu adalah amat penting untuk memperkukuhkan jaminan makanan (food security) bagi Malaysia dan memastikan pengeluaran makanan tempatan – pesawah, petani, nelayan dan penternak dapat mempertingkatkan lagi pengeluaran bahan-bahan makanan.

Proposal of Solution:

1. Meminta semua Kerajaan Negeri untuk mengumpulkan data terhadap penternak yang sedang usahakan tanah kerajaan dan penternak yang sedang diancam oleh syarikat yang diberi milik tanah terhadap tanah itu dalam 15 tahun yang lalu.
2. Menggubal satu polisi yang membolehkan petani dan penternak kecil meneruskan dengan usaha mengeluarkan makanan. Perkara-perkara seperti berikut harus dibentang dan diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara (seperti diperuntukkan dalam Fasal 91 Perlembagaan Malaysia).
3. Moratorium terhadap pengusiran penternak atas alasan ingin membangunkan tanah tersebut untuk tujuan selain daripada penternakan.
4. Kerajaan juga harus mengkaji untuk memberi bantuan dari segi kewangan atau subsidi untuk mengekalkan penternak kecil kecilan ini untuk meneruskan penglibatan mereka untuk memenuhi jaminan makanan.
5. Menyelesaikan masalah antara penternak lembu dan syarikat Sime Darby yang sedang mencuba mengusirkan beberapa ratus penternak kecil daripada ladang-ladang Sime Darby di seluruh Malaysia. Memandangkan kawasan ladang telahpun digunakan sebagai kawasan ragut selama 50 tahun yang lalu tanpa menjejaskan hasil perladangan dan penternak yang bersandar pada ladang-ladang merupakan penyumbang terbesar kepada pengeluaran tenusu dan daging di Malaysia.
6. Jika andaikata tanah atau Kawasan penternakan ini harus diambil atas sebab-sebab kepentingan negara yang lebih mendesak, maka tanah mereka harus digantikan di kawasan lain yang sesuai dengan terma yang munasabah dan masa yang mencukupi.


Translation

Isu dan Polisi Semasa:

Nilai-nilai dan Kepercayaan:

Penyelesaian: