#manifestorakyat2021
Jaminan Bekalan Makanan Dan Kedaulatan Makanan
By:
Fitri Amir
Affiliations:
Forum Kedaulaan Makanan Malaysia (FKMM)
Policy Code:
3l Agriculture
Problem Statement:
Banyak laporan yang menyatakan bahawa industri pertanian di Malaysia adalah tidak efisyen dan gagal menghasilkan output yang mencukupi dan berkualiti. Menurutnya, ini adalah punca mengapa petani di Malaysia majoritinya miskin dan akibat daripada kegagalan ini, Malaysia tidak dapat mencapai tahap keterjaminan makanan (food security) untuk menghadapi kebarangkalian berlakunya krisis makanan. Laporan-laporan ini membuat kesimpulan bahawa punca kemunduran pertanian negara adalah kurangnya penggunaan teknologi moden dan petani kecil yang tidak produktif akibat saiz ladang yang tidak ‘ekonomik’.
Kerajaan dan ahli akademik jarang sekali membincangkan masalah utama yang petani hadapi dilapangan seperti ketirisan subsidi yang sebahagian besarnya dinikmati oleh syarikat pembekal dan kontraktor (bukan petani), eksploitasi pasaran harga input dan hasil, monopoli korporat yang menindas, jerat hutang, kemasukan produk luar negara kualiti rendah dan murah yang tidak terkawal dan pihak berkepentingan yang mengambil kesempatan.
Kegagalan kita dalam mengenalpasti masalah sebenar dilapangan hanya akan memburukkan lagi keadaan apabila teknologi dan sistem kawalan baharu diperkenalkan.
Value(s) and Belief(s):
Untuk memastikan taraf hidup petani adalah terjamin dan menangani perubahan iklim, saya berpendapat alternatif pertanian secara berkelompok melalui pertubuhan kawasan dan koperasi adalah lebih baik daripada pertanian komersial sistem estet. Petani petani kecil yang diuruskan secara sistematik dan lestari adalah penting sebagai benteng-benteng pertahanan untuk menghadapi cabaran perubahan iklim, penularan penyakit dan ketidaktentuan pasaran. Risiko kegagalan operasi dan kewangan ladang-ladang besar dan kemusnahan kesuburan tanah dan biodiversiti adalah besar impaknya berbanding pertanian skala kecil berkelompok yang produktif.
Kegagalan kita dalam mengenalpasti masalah sebenar dilapangan hanya akan memburukkan lagi keadaan apabila teknologi dan sistem estet diperkenalkan. Dalam hal teknologi, masalah timbul apabila petani tidak mampu memilikinya dan mereka akan dipinggirkan oleh pembekal² perkhidmatan teknologi ini. Teknologi yang hendak diperkenalkan seharusnya mesti mampu dimiliki petani dan diperkenalkan secara berperingkat. Jika tidak, petani akan terpinggir dan terus merempat kerana tempat mereka akan diganti dengan syarikat² besar yang datang ke kampung-kampung untuk mengambil alih kerja mereka.
Kita mesti sedar bahawa ladang besar mempunyai risiko yang lebih besar dan mudah dipengaruhi oleh kepentingan politik dan wang. Pemantauan sukar dilakukan dan kesilapan boleh membawa kepada kejatuhan keseluruhan ladang. Ladang yang kecil mempunyai risiko yang kecil dan lebih mudah diuruskan. Masalah petani kecil bukanlah mereka tidak pandai bertani tetapi mereka disekat oleh pelbagai faktor dan dieksploitasi. Pihak berkuasa boleh membantu petani kecil menangani halangan-halangan ini tanpa perlu membentuk ladang besar yang berisiko tinggi dan membawa masuk teknologi yang 'overkill'.
Proposal of Solution:
1. Beri kebebasan kepada petani terhadap benih, input pertanian dan pilihan pasaran. Longgarkan kawalan yang terlalu formal dalam ekosistem pertanian kita. Undang-undang yang mengawal kebebasan petani seperti Akta Kualiti Benih dan Pindaan Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 mesti dihetikan. Begitu juga sistem monopoli bekalan input pertanian dan pasaran produk pertanian samaada oleh pihak agensi atau swasta, mesti juga dihapuskan.
2. Malaysia tidak perlu menyertai perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang akan menghapuskan kawalan import produk pertanian kerana ini akan menyebabkan berlaku lambakan produk murah tidak berkualiti dari luar yang akan menjejaskan pasaran tempatan.
3. Ekosistem pertanian mesti decentralized iaitu sebuah ekosistem baharu bersifat lokal mesti diwujudkan. Ini akan mengurangkan kos dan risiko kegagalan logistik terutamanya jika berlaku krisis. FAMA mesti diperkasakan untuk membeli produk petani melalui sistem cold storage di setiap lokaliti dan membantu petani lokal menjual hasil dengan harga yang berpatutan dan dari lokaliti tempatan boleh terus eksport keluar.
4. 'Economic of Scale' boleh dilaksanakan secara terhad melalui penubuhan koperasi atau syarikat lokal yang terhad kepada kawasan berkenaan sahaja. Perlu ada had keluasan ladang supaya tidak berlaku pertanian estet secara besar-besaran yang membawa kepada monooli dan lebih banyak keburukan terhadap alam dan kebajikan petani.
5. Sistem subsidi yang sekarang ini lebih banyak dieksploitasi oleh vendor-vendor perlu ditukar kepada sistem berbentuk bantuan terus kepada petani sebagai contoh, sistem kupon atau kad metrik untuk membeli input-input pertanian.
6. Pihak kerajaan mesti menumpukan bantuan untuk mengangkat usahawan kecil dan sedarhana dalam bidang pertanian untuk mampu bersaing ke peringkat yang lebih tinggi tanpa melibatkan syaikat korporat yang sudah established. Bantuan kerajaan dalam bentuk kawangan atau sokongan terhadap korporat-korporat ini hanya akan membantu mereka meluaskan monopoli yang mana akan merugikan rakyat dalam jangka masa panjang.
Translation
Isu dan Polisi Semasa:
Nilai-nilai dan Kepercayaan:
Penyelesaian: