Kekalkan kawasan pertanian yang menghasilkan makanan

By:

Tan Tean Chee

Affiliations:

Persatuan Pertanian Moden Chemor

Policy Code:

3l Agriculture

Problem Statement:

Pada masa ini lebih daripada 70% sayur-sayuran yang dihasilkan di Malaysia adalah ditanam oleh petani-petani kecil di atas tanah kerajaan yang terbiar. Tetapi secara beransuran kumpulan petani ini sedang diusir dan tanah yang mereka telah mengusahakan selama beberapa dekad dijual kepada pemaju perumahan dan tapak industri. Bukan sahja rezeki petani kecil yang terjejas tetapi jaminan makanan bagi rakyat (Food Security) juga dijejas.

Value(s) and Belief(s):

Jaminan makanan (food security) adalah satu isu yang amat penting memandangkan perubahan iklim yang sedang berlaku. Malaysia harus memperkasakan kapasiti petani tempatan mengeluarkan bahan makanan.

Keputusan berkaitan tanah dipusatkan di tangan Menteri Besar (MB) setiap Negeri. Sering kali keperluan dana untuk kegiatan politik mempengaruhi MB melupuskan tanah pertanian ke pihak pemaju dan keperluan rakyat jangka masa panjang diabaikan.

Proposal of Solution:

1. Jaminan makanan termasuk bekalan sayur-sayuran tempatan harus diiktiraf sebagai satu maklamat penting untuk keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

2. Kerajaan harus menggubal polisi di mana kawasan tanaman sayur dikekalkan sebagai kawasan menghasil makanan untuk rakyat dan digazet untuk gunatanah ini. Petani yang usahakan tanah ini harus diberi lease panjang (20 tahun) supaya mereka berani melabur dalam menaiktaraf aktiviti penanaman mereka. Petani yang diberi lease tidak boleh menjual tanah ini kepada pihak yang lain. Jika petani terlibat tidak menanam untuk lebih daripada dua tahun, tanah harus diambil balik oleh kerajaan dan diberi lease kepada seorang petani lain yang berminat menanam sayur-sayuran.

3. Undang-undang tanah diubahsuai untuk mewujudkan satu jawatankuasa di perengkat setiap negeri untui memantau pelupusan tanah di negeri itu. Jawatankausa ini mesti ada wakil daripada petani di negeri itu dan mesti mempunyai kuasa untuk membatalkan pelupusan tanah kepada pihak ketiga jika tanah itu merupakan tanah yang sedang dipakai untuk bekalkan sayur-sayuran.

Translation

Isu dan Polisi Semasa:

Nilai-nilai dan Kepercayaan:

Penyelesaian: