Kekalkan Tanah Untuk Pertanian

By:

Bawani Kanniappan

Affiliations:

MARHAEN (PSM)

Policy Code:

3l Agriculture

Problem Statement:

Beribu pekebun kecil dan penternak mengusahakan tanah kerajaan di seluruh Malaysia untuk tujuan pertanian. Ada di antara mereka yang mencucuk tanah sejak sebelum Merdeka lagi. Mereka adalah pembekal utama makanan di pasar-pasar tempatan Semenanjung Malaysia. Ada di antara mereka telah membuat permohonan secara rasmi untuk mendapat pemilikan tehadap tanah yang diusahakan tetapi permohonan mereka jarang diluluskan.
Lebih 40 tahun petani-petani ini selalu diusir keluar dari tanah yang mereka usahakan atas alasan projek pembangunan. Biasanya petani kecil diusir keluar tanpa ditawarkan tanah gantian untuk meneruskan usaha pertanian mereka. Bila satu kawasan pertanian dihancur, bukan sahaja petani kecil yang menghadapi masalah hilang punca pendapatan tetapi jaminan makanan masyarakat (Food Security) bagi rakyat Malaysia juga terjejas sama sekali.

Kesan pengusiran juga menyebabkan ekonomi masyarakat luar bandar disekat kerana ada banyak perkhidmatan yang berkaitan dengan pertanian seperti menjual baja dan alat pertanian, pembeli borong sayur dan buah, pemandu lori-lori yang membawa hasil tanaman ke pasar, pekerja-pekerja yang berkerja di kebun setengah petani dan lain-lain. Semua pekerjaan ini akan dihancur bersama kemusnahan kawasan pertanian. Akhir sekali kawasan yang hulu pada kawasan pertanian menghadapi risiko banjir yang lebih kerap dan teruk apabila kawasan pertanian “dibangunkan” ke kawasan perumahan.

Value(s) and Belief(s):

Tanpa petani tiada makanan. Tanah adalah nadi kepada pertanian. Menyediakan tanah kepada petani kecil adalah tanggungjawab kerajaan. Nilai dan syarat nyata tanah untuk pertanian harus dikekalkan dan dipelihara. Keutamaan harus diberi kepada pekebun dan petani kecil sebelum sesuatu tanah dilupuskan kepada pihak ketiga bagi tujuan pembangunan.

Proposal of Solution:

a) Kawasan pertanian bagi bahan-bahan makanan harus dikekalkan. Hanya lebih kurang 10% daripada keluasan tanah yang diguna untuk pertanian di Malaysia digunakan untuk menanam sayur dan buah-buahan. Lebih daripada 80% keluasan tanah pertanian digunakan untuk kelapa sawit, getah dan komoditi yang lain.

b) Jika satu kawasan pertanian amat perlu untuk tujuan lain, satu kawasan sesuai yang sama besar harus diberikan kepada petani kecil yang terlibat sebelum mereka dikehendaki keluar.

c) Petani kecil harus diberi pajakan dengan tempoh 20 tahun supaya mereka ada keyakinan bahawa pelaburan mereka dalam membangunkan tanah itu tidak dimusnahkan oleh pengambilan tanah oleh pihak lain. Pajakan terhadap tanah pertanian harus mengandungi syarat tanah itu hanya boleh digunakan untuk membekalkan bahan-bahan makanan.

d) SOP Kerajaan Negeri berkaitan pelupusan tanah (alienation of land) harus diubahsuai untuk mencerminkan pendekatan yang terkandung dalam perkara (a - c) di atas.

e) Peraturan-Peraturan Tanah Negeri harus ditambah baik dengan mewujudkan satu jawatankuasa untuk memantau pengendalian tanah kerajaan yang digunakan oleh petani kecil.

Translation

Isu dan Polisi Semasa:

Nilai-nilai dan Kepercayaan:

Penyelesaian: