#manifestorakyat2021
Melaksanakan Akta Skim Perumahan Masyarakat Ladang
By:
Kartigesu Rajamanickam
Affiliations:
MARHAEN (PSM)
Policy Code:
3e Economic Justice
Problem Statement:
Tuntutan perumahan untuk masyarakat ladang telah wujud sejak berdekad lama kerana rumah (kuarters) yang dibina untuk pekerja ladang, bukanlah milik pekerja. Rumah tersebut diberikan untuk didiami oleh pekerja selagi si dia masih bekerja di ladang tersebut., Sekiranya, seseorang pekerja sudah bersara atau dihentikan kerja, pekerja tersebut harus memulangkan balik rumah tersebut kepada pihak majikan.
Rungutan kaum pekerja ladang ialah harga rumah di pasaran sentiasa naik dan tidak boleh dibeli dengan gaji rendah mereka. Ramai pekerja ladang pada masa itu terpaksa bekerja sampingan untuk menampung perbelanjaan keluarga dan niat membeli rumah jarang dikecapi oleh majoriti pekerja ladang. Skim Perumahan Masyarakat Ladang pernah dibawa oleh Tun Razak tetapi ia hanya kekal sebagai polisi semata-mata sehingga ke hari ini.
Value(s) and Belief(s):
Perumahan adalah hak asasi rakyat/pekerja. Selama ini, masyarakat ladang ditipu dengan janji-janji untuk perumahan sendiri dan pada masa yang sama diberi gaji yang sangat rendah. Pemberian rumah kuarters melalaikan usaha untuk membina rumah sendiri dan pada masa yang sama, golongan kepentingan seperti ahli politik memainkan sentimen perumahan sendiri untuk mengikat pekerja ladang menetap di rumah ladang. Harga rumah di luar pula adalah jauh sangat tinggi dan tidak mampu dibeli oleh pekerja ladang ini. Jesteru, adalah menjadi tanggungjawab kerajaan dan pemilik ladang-ladang untuk bersama melaksanakan Skim Perumahan untuk pekerja mereka
Proposal of Solution:
i. Kerajaan Pusat menggubal dan melaksanakan satu Akta Perumahan untuk Pekerja Ladang.
ii. Akta ini harus digubal dengan memastikan semua majikan ladang di negara ini melaksanakan Skim Perumahan untuk pekerja Ladang kepada pekerja atau bekas pekerjanya dalam usaha memberi hak milik kekal rumah tersebut.
iii. Skim perumahan tersebut disarankan dengan kerjasama dan subsidi sepenuhnya daripada Kerajaan Pusat atau Negeri dengan penglibatan Menteri Sumber Manusia, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan kerajaan Negeri
iv. Kemudahan-kemudahan yang sedia dinikmati oleh masyarakat ladang seperti Sekolah, Tadika, Padang Permainan, Tempat Ibadat, Dewan dan lain-lain kemudahan harus dikekalkan atau dipindahkan ke kawasan abru dimana skim perumahan bakal didirikan
v. Antara contoh terbaik yang boleh diambil ialah Skim Perumahan PPR Ladang Siliau di Negeri Sembilan di mana kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri membina 150 buah rumah di mana sebahagiannya adalah untuk pekerja ladang Siliau milik Sime Darby melalui proses pengambilan tanah dan rumah tersebut dijual kepada pekerja menggunakan sistem ‘ Sewa Beli’ (rent to own). Melalui skim ini, pembeli hanya perlu membayar sewaan bulanan sebanyak RM200 hingga RM250 sebulan selama tempoh 20 hingga 25 tahun sebelum hakmilik diserahkan kepada pembeli.
Translation
Isu dan Polisi Semasa:
Nilai-nilai dan Kepercayaan:
Penyelesaian: