Pendidikan emansipasi melalui kurikulum baru

By:

Fiqah Roslan

Affiliations:

Kempen Tiada.Guru

Policy Code:

3f Education

Problem Statement:

Sistem pendidikan Malaysia merupakan senjata golongan elit yang manipulatif dan autokratik dalam mempertahankan kuasa status quo. Kurikulum pendidikan sengaja ditiadakan hak asasi, keadilan, rasuah bagi menjauhkan rakyat daripada realiti penindasan dan mempersoalkan rejim kerajaan yang korup. Kurikulum hari ini berjaya memberikan “kepatuhan” rakyat kepada kerajaan melalui budaya takut dan berdiam diri seperti Akta Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993, Bahagian II, Peraturan 13 “Membuat Pernyataan Awam”.

Sekolah menjadi institusi korup melindungi orang bersalah malah hipokrit dengan slogan “kemenjadian murid”. Buktinya, kes saman murid terhadap guru ponteng tujuh bulan [1] dan budaya rogol di sekolah [2] kini tular dengan beratus-ratus mangsa bersuara. Namun, guru yang bersalah dilindungi dan masa depan murid dibuang.

Sekolah semakin jauh daripada tujuan pendidikan sebenar. Fokus lebih kepada kursus dan bengkel, dialog prestasi, bual bicara tetapi tiada keberanian dan keikhlasan untuk akauntabiliti. Pendidikan hanya mengejar KPI lalu menjadi distraction melali dan melalaikan guru dan murid daripada refleksi kritikal terhadap permasalahan akar umbi.

Citation Reference
[1] Kes Mahkamah Tinggi (Tiada.Guru)
[2] Save The Schools MY (Instagram)

Value(s) and Belief(s):

Kurikulum emansipasi akan memberikan kuasa dan autonomi kepada murid & guru dalam berfikir dan bertindak. Ini akan mengubah orientasi proses pembelajaran dan pengajaran (PdP) daripada yang bersifat transaksi ilmu oleh guru semata-mata (guru mengajar, murid belajar) kepada proses co-teaching & learning antara guru dan murid secara kritis dan reflektif.

Proposal of Solution:

Perubahan sosial memerlukan strategi dan tindakan reformasi (bukan reaktif) daripada solidariti rakyat. Kurikulum pendidikan baru akan mengubah nilai dan paradigma rakyat kepada masyarakat sivil yang memiliki upaya dan kuasa untuk menyedari tentang realiti ketidakadilan dan penindasan.

Kurikulum emansipasi mestilah memberikan pilihan optimum kepada murid untuk mengembangkan bakat, minat, potensi dan keupayaan mereka. Peperiksaan dan pencapaian akademik bukan lagi satu-satunya pengukur pencapaian, tetapi murid-murid dalam kecerdasan pelbagai diupayakan dalam penginstitusian TVET kepada murid Pendidikan Khas. Hapuskan program inklusif yang membunuh potensi dan bakat mereka yang bukan dalam akademik.

Nilai-nilai humanistik ini mestilah diformulasikan dalam silibus setiap mata pelajaran di sekolah. Proses PdP memasukkan program / khidmat luar sebagai latihan praktikal kepada murid dan guru bagi memahami isu-isu seperti ketidakadilan sosial dan perubahan iklim.

Mata pelajaran Sivik dan Kewarganegaraan diformulasikan semula bagi merangkumi tentang kajian mengenai sistem politik, perundangan dan pemerintahan negara, serta peranan pemerintah terhadap rakyat dan peranan warga negara untuk melindungi masyarakat yang adil, aman dan berperikemanusiaan. Ia juga merangkumi kajian mengenai kepelbagaian amalan dalam budaya dan kepercayaan agama di negara ini dan di seluruh dunia. Kesedaran dan kemahiran sivik dilihat penting untuk mengembangkan 'pemikiran bersama dan kesejahteraan bersama' dalam diri orang yang hidup dalam masyarakat berbilang kaum.

Kurikulum emansipasi mestilah bersifat humanistik mengandungi pandangan yang adil, kritis, dan tulen mengenai hak asasi manusia, anti korupsi, demokrasi, kebebasan asasi, keadilan, media bebas, literasi berita, sejarah Mahkamah & litigasi terkenal, gerakan keadilan sosial dan menghargai kepelbagaian bakat dan potensi individu.

Translation

Isu dan Polisi Semasa:

Nilai-nilai dan Kepercayaan:

Penyelesaian: