Penglibatan Orang Awam Sebagai Pembuat Keputusan Bersama

By:

Siti Fatimah bte Jafar

Affiliations:

CSO Platform for Reform - Environmental Sector

Policy Code:

3j Environment

Problem Statement:

Penduduk tempatan perlu terlibat dalam perancangan pembangunan masa depan kawasan mereka. Namun begitu, tahap kesedaran dan penyertaan awam masih berada di tahap yang rendah. Antara masalah/kekurangan yang berlaku termasuk:
- Publisiti penyertaan awam tidak dilaksanakan secara meluas dan berkesan. Kadangkala, hanya hebahan di laman web agensi berkaitan atau hebahan bercetak.
- Dokumentasi perancangan pembangunan terlalu rumit/teknikal untuk difahami oleh masyarakat umum.
- Akses dokumentasi terhad - hanya boleh dicapai di lokasi tertentu sahaja contohnya di pejabat kerajaan dan waktu pameran mengikut waktu dan hari bekerja sahaja.
- Tiada mekanisme yang jelas dan mudah untuk orang awam membuat pertanyaan sebelum mengemukakan cadangan dan bantahan.

Tekanan pembangunan sering dikaitkan dengan penurunan kualiti alam sekitar. Akibat kemerosotan kualiti alam sekitar, kehidupan manusia turut terjejas dari segi keselamatan, kesihatan dan kesejahteraan. Ini seringkali berlaku dan akhirnya penduduk terpaksa berdepan dengan masalah yang timbul kerana kegagalan untuk merancang pembangunan yang bersepadu berdasarkan keperluan penduduk tempatan.

Value(s) and Belief(s):

Penyediaan rancangan pembangunan memberi kesan langsung kepada penduduk tempatan. Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172) membolehkan orang ramai untuk mengambil bahagian dalam pembangunan. Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) 17 — Perkongsian untuk tujuan: Memperkukuhkan kaedah pelaksanaan dan menghidupkan semula perkongsian global untuk pembangunan lestari. Rakyat dan pemerintah bersama-sama memainkan peranan penting dalam pengurusan alam sekitar dan pembangunan.

Proposal of Solution:

Proses perancangan fizikal perlu telus dan memberi pertimbangan terhadap aspek kehidupan masyarakat setempat dan alam sekitar.

Antara langkah-langkah yang boleh diambil
1. memberi maklum kepada orang awam bahawa mereka adalah berhak dan berpeluang untuk membuat ulasan/pendapat/ cadangan/bantahan berkenaan dengan perkara-perkara yang dicadangkan dalam sesuatu rancangan pembangunan
2. menggunakan beberapa laman media sosial utama (Facebook, Instagram, Twitter) sebagai platform hebahan
3. dokumentasi yang lengkap boleh dicapai dalam talian secara percuma selain daripada dokumen bercetak
4. kos pemasaran publisiti (penyertaan awam) ditanggung oleh pemaju projek sebagai tanggungjawab sosial korporat mereka
5. mengalakkan komunikasi dua hala dalam keadaan yang selamat, terbuka dan mesra mengikut beberapa peringkat komunikasi
a. komunikasi interpersonal antara pegawai-pegawai agensi terlibat dengan individu-individu awam untuk memberi penjelasan dan penerangan berhubung dengan rancangan pemajuan yang disediakan
b. komunikasi kumpulan kecil antara pegawai-pegawai agensi terlibat dengan kumpulan kecil masyarakat awam (contohnya: persatuan penduduk dan NGO) dengan mengadakan bengkel, seminar, focus group discussion (FGD) dan sebagainya
c. komunikasi awam dengan mengadakan ceramah umum, karnival publisiti rancangan pemajuan, pameran perdana dan sebagainya
d. komunikasi massa iaitu melibatkan komunikasi dua hala antara agensi terlibat dengan masyarakat awam melalui saluran media massa - media cetak atau elektronik dan laman media sosial. Penyiarannya hendaklah dibuat sekerap yang mungkin supaya ianya dapat mempengaruhi ingatan dan pandangan masyarakat awam.

Translation

Isu dan Polisi Semasa:

Nilai-nilai dan Kepercayaan:

Penyelesaian: