top of page

#manifestorakyat2021

2a: Kebebasan Berekspresi

Pengenalan

Perlembagaan Persekutuan menjamin hak kebebasan bersuara di Malaysia tetapi juga membenarkan had-had yang ditetapkan oleh Parlimen, sebahagian besarnya berkaitan dengan ketenteraman awam dan keselamatan negara. Selama bertahun-tahun, parti pemerintah sejak Merdeka terus meneguhkan undang-undang ini, kononnya demi mengekalkan keharmonian etnik dan agama, tetapi hakikatnya untuk meningkatkan cengkaman kuasa politik.

Ruang kebebasan kecil yang disingkap oleh kerajaan reformis Pakatan Harapan yang dipilih memegang tampuk kekuasaan pada Mei 2018 tidak lama kemudian terkatup selepas rampasan kuasa dalaman pada Februari 2020. Ketika keadaan politik yang tidak menentu semakin panas dengan lebih banyak perebutan kuasa melalui pakatan politik baharu dalam kerajaan negeri dan persekutuan, terdapat pelbagai ancaman baharu terhadap kebebasan bersuara, termasuk peningkatan kekerapan penggunaan undang-undang sebagai senjata penindasan untuk mengganggu, menakut-nakutkan dan mendiamkan suara-suara sumbang. Kerajaan berikutnya di bawah Tan Sri Mahiaddin Yasin daripada Perikatan Nasional mengisytiharkan darurat negara dan menggantung Parlimen pada Januari 2021, kemudian menggubal undang-undang zalim yang kononnya bertujuan memerangi berita palsu—kedua-dua tindakan itu dikatakan perlu untuk membendung wabak COVID-19. Parlimen hanya bersidang semula tujuh bulan kemudian berikutan tekanan daripada semua lapisan masyarakat, sehinggalah kepada Yang di-Pertuan Agong. Rakyat biasa telah menerima kesan dari taktik kerajaan yang sewenang-wenangnya menyekat kebebasan bersuara, seperti yang dibuktikan oleh pelbagai kertas siasatan yang dibuka untuk menyiasat warga siber berhubung siaran media sosial yang mengkritik kerajaan, kerabat diraja atau ahli politik. Pihak berkuasa telah berulang kali menggunakan wabak itu sebagai alasan untuk mengekang perhimpunan aman, walaupun penganjur berusaha keras untuk menguatkuasakan pemakaian topeng, penjarakan sosial dan langkah kesihatan pencegahan lain. Trend regresif ini berterusan di bawah kerajaan semasa yang diketuai oleh Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob daripada Barisan Nasional, yang dilantik sebagai perdana menteri berikutan peletakan jawatan Tan Sri Mahiaddin Yasin kerana kehilangan sokongan majoriti di Parlimen.

I: Rangka Kerja Perundangan tentang Kebebasan Bersuara

Bagi sebuah negara yang bercita-cita menjadi negara maju menjelang 2025, Malaysia seharusnya cukup yakin untuk memberi komitmen kepada prinsip demokrasi berdasarkan penghormatan terhadap hak asasi manusia sejagat dan kebebasan berekspresi, berhimpun dan bersuara. Sudah tiba masanya kerajaan memulakan program pembaharuan perundangan untuk menyelaraskan rangka kerja perundangan dengan kewajipan hak asasi manusia antarabangsa Malaysia dengan melakukan perkara berikut:

1. Hentikan segera ugutan, gangguan dan sekatan terhadap wartawan, pembela hak asasi manusia dan pelaku masyarakat sivil lain di Malaysia yang menggunakan hak mereka untuk bersuara, membantah dan menuntut ketelusan daripada kerajaan.

2. Melaksanakan moratorium serta-merta ke atas penggunaan, dan bergerak ke arah pemansuhan, undang-undang yang menyekat kebebasan bersuara.

Contohnya seperti Akta Hasutan 1948, Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984…

(Lew Guan Xi, Cadangan 2A-1)

...serta Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang menjenayhkan komen yang menyebabkan kegusaran mana-mana orang, dan Seksyen 114A Akta Keterangan (Pindaan) (No. 2) 2012.

(Bilqis Hijjas, ReformARTsi, Cadangan 2A-2)

3. Pembaharuan atau pindaan Seksyen 504 dan 505(b) Kanun Keseksaan, yang mempunyai peruntukan yang terlalu luas untuk menjenayahkan ucapan yang membawa kepada pelanggaran "keamanan awam" dan "ketenangan awam".

(Bilqis Hijjas, ReformARTsi, Cadangan 2A-2)

4. Pembaharuan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 berhubung dengan kebebasan pelajar untuk bersuara.

Menambahbaik Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 berhubung dengan kebebasan bersuara pelajar.

Universiti awam di Malaysia harus bercita-cita untuk memupuk wacana intelektual tahap tertinggi dengan memupuk pemikiran kritis dan menggalakkan debat terbuka, tidak terbelenggu oleh nilai moral yang sempit dan doktrin agama atau politik. Persatuan dan fakulti universiti awam di Malaysia harus dibenarkan untuk menganjurkan ceramah, debat dan acara kampus lain tanpa pengawasan sewenang-wenangnya atau risiko pembatalan. Perlu ada garis panduan yang jelas berkaitan dengan rantaian perintah di universiti, dan sistem yang telus yang menentukan siapa yang diberi kuasa untuk membatalkan acara dan atas alasan apa.

(Bilqis Hijjas, ReformARTsi, Cadangan 2A-3)

5. Membangunkan garis masa yang konkrit dan pelan tindakan ke arah penyegeraan ratifikasi perjanjian hak asasi manusia antarabangsa.

Khususnya, Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Sivil dan Politik (ICCPR) dan Perjanjian Antarabangsa mengenai Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya (ICESCR).

6. Hanya sekat kebebasan bersuara dan berhimpun jika wujud asas undang-undang ke atasnya dan benar-benar perlu dan mematuhi norma hak asasi manusia.

Semasa kita mengharungi gerak balas terhadap COVID-19 dan krisis lain, sebarang sekatan terhadap kebebasan bersuara dan berhimpun mengikut perlembagaan mesti: (a) mempunyai asas undang-undang, (b) mematuhi norma hak asasi manusia dan piawaian hak asasi manusia antarabangsa, (c) berdasarkan keperluan mutlak dan tidak bersifat sewenang-wenangnya, dan (d) disemak secara berterusan untuk memastikan semua tindakan yang diambil adalah berkadar dengan objektif tunggal untuk menghentikan penyebaran COVID-19 atau krisis lain.

(Wathshlah Naidu & Nalini Elumalai, Mesyuarat Dasar Dialog Awam, 2 Oktober 2021)

7. Fokus pada pendidikan dan penyebaran maklumat awam menentang "berita palsu".

Ikuti teladan Kementerian Komunikasi dan Multimedia, bukannya menumpukan kepada penjenayahan dan penganiayaan. Jadikan laman sesawang semakan fakta mudah untuk diakses.

(Lew Guan Xi, Mesyuarat Dasar Dialog Awam, 2 Oktober 2021)

II: Rejim Maklumat Progresif

Hak untuk mendapatkan maklumat mencerminkan premis asas bahawa semua maklumat yang dipegang oleh negeri dan institusi kerajaan yang berkaitan, pada dasarnya, adalah maklumat umum dan hanya boleh ditahan atau disekat jika terdapat alasan yang sah, seperti untuk tujuan keselamatan atau privasi negara.

Mesti ada jaminan asas kepada akses terbuka dan telus kepada maklumat yang dipegang oleh pihak berkuasa awam. Sebarang langkah untuk menyekat akses kepada maklumat mestilah sah, perlu, berkadar dan dibatasi masa. Sebelum menyekat akses kepada maklumat dan menjenayahkan pendedahannya, ujian kemudaratan yang besar hendaklah sentiasa dijalankan untuk membuktikan bahawa pendedahan maklumat itu akan menyebabkan kemudaratan yang besar kepada tujuan yang sah yang mungkin mewajarkan kerahsiaan.

(Wathshlah Naidu, Mesyuarat Dasar Dialog Awam, 2 Oktober 2021)

8. Gubal undang-undang hak untuk mendapatkan maklumat tanpa berlengah lagi dan hapuskan undang-undang kerahsiaan yang menyekat ekspresi.

9. Kaji dan pinda Akta Perlindungan Pemberi Maklumat 2010 untuk meluaskan skop imuniti.

(Arief Hamizan, Mesyuarat Dasar Dialog Awam, 2 Oktober 2021)

III: Persekitaran yang Membolehkan bagi Mempromosikan Kebebasan Media

Media mesti boleh berfungsi secara bebas dan tanpa rasa takut akan kesan negatif untuk menerbitkan atau menyebarkan maklumat dan idea, termasuk yang mengkritik kerajaan, sebagai sebahagian daripada tugas mereka.

10. Gugurkan semua siasatan dan berikrar untuk menghentikan semua tindakan ugutan terhadap media dan wartawan.

11. Merealisasikan cadangan penubuhan Majlis Media Malaysia

Majlis akan bertindak sebagai badan kawal selia kendiri yang telus dan bebas untuk industri.

(Lew Guan Xi, Cadangan 2A-1)

12. Mansuhkan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

(Lew Guan Xi, Cadangan 2A-1)

Menteri Dalam Negeri diberikan budi bicara yang luas untuk mengharamkan penerbitan tanpa mengambil kira kesahihan di dalam Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984, dan ini mewujudkan suasana yang menakutkan bagi media cetak. Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 menjenayahkan “penggunaan kemudahan atau perkhidmatan rangkaian yang tidak wajar”.

13. Mengguna pakai dan melaksanakan Pelan Tindakan PBB mengenai Keselamatan Wartawan dan Isu Impuniti serta resolusi Majlis Hak Asasi Manusia PBB yang berkaitan.

Laksanakan dengan mengadakan perundingan dengan pihak berkepentingan utama.

(Nalini Elumalai, Mesyuarat Dasar Dialog Awam, 2 Oktober 2021)

IV: Penapisan

Semak, perbaharui dan selaraskan rangka kerja kawal selia mengenai penapisan yang sering bercanggah dengan ekspresi kreatif artistik dan mewujudkan persekitaran yang menyekat pengamal seni.

14. Jangan menapis kandungan artistik yang boleh diakses secara umum; sebaliknya, kawal melalui penilaian kandungan.

Penilaian kandungan hendaklah dikelaskan mengikut umur, dan berdasarkan satu set garis panduan yang jelas dan tanpa berselindung, yang konsisten dengan piawaian antarabangsa. Penilaian harus dilaksanakan secara kendiri dan didedahkan kepada umum oleh pengamal seni yang terlibat, dan bukannya melalui pelesenan yang membebankan dan memakan masa. Penalti hendaklah dikenakan hanya kepada pesalah. Ini akan membolehkan khalayak tempatan ikut serta secara sukarela dengan persetujuan termaklum menikmati bahan yang mereka pilih.

(Bilqis Hijjas, ReformARTsi, Cadangan 2A-4)

15. Kaji dan pinda semua sistem pelesenan dan rangka kerja undang-undang untuk mengurangkan beban artis.

Hapus semua beban yang tidak sepatutnya ke atas artis tempatan, termasuk sekatan ke atas kapasiti kreatif dan keperluan mereka yang menimbulkan beban kewangan tambahan dan sangat menyempitkan kebebasan bersuara, seperti Akta Hiburan (Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur) 1992 dan Akta Penapisan Filem 2002.

(Bilqis Hijjas, ReformARTsi, Cadangan 2a-5; Arief Hamizan, Mesyuarat Dasar Dialog Awam, 2 Oktober 2021)

16. Bentuk sebuah badan bebas, profesional, telus dan bertanggungjawab bagi ahli industri, artis dan masyarakat sivil yang berkelayakan untuk mengawal selia filem.

Keputusan badan kawal selia bebas ini juga boleh dicabar di mahkamah.

V: Potensi Seni dalam Pembangunan Manusia

Kesenian harus menjadi keutamaan dalam agenda negara dan diiktiraf sebagai elemen penting untuk membangunkan peribadi, masyarakat dan negara, dan bukannya dilihat sebagai alat ekonomi semata-mata.

17. Mengiktiraf hak artis dan melindungi kebebasan mereka bersuara.

18. Membangunkan dasar seni dan budaya kontemporari.

Mulai dengan membangunkan pelan hala tuju berdasarkan perundingan yang inklusif dan pelbagai dengan pelbagai pihak berkepentingan, dan melaksanakan dasar melalui program dan insentif yang berkesan.

19. Beri sokongan pembiayaan kepada institusi yang terlibat dalam pembangunan seni dan budaya.

Ini termasuklah kedua-dua institusi awam dan swasta, serta projek komuniti.

20. Sediakan saluran rasmi bagi sokongan pembiayaan dan sebuah mekanisme untuk menyediakan keselamatan sosial bagi artis bebas.

Ini termasuklah mewujudkan daftar artis kebangsaan.

21. Peruntukan sumber untuk meluaskan pendidikan seni dalam sistem pendidikan negara, dari peringkat rendah sehingga ke peringkat pengajian tinggi.

(June Tan, ReformARTsi, Cadangan 2A-6)




Please fill in all the fields
Sorry You have alreadry submitted your data
Please fill in all the fields
download.jpg

justinleong

For a better and fairer electoral system and to eliminate cronyism, corruption and

Index
First Name
Last Name
Organisation
Submission Date
1
Chee Han
Lim
Agora Society
17/10/2022
1
Swee Lin
Loh
Individual
28/09/2022
2
Laura Sui San
Kho
Mental Health Association of Sarawak (MHAS)
28/06/2022
1
Laura Sui San
Kho
Mental Health Association of Sarawak (MHAS)
28/06/2022
1
Laura Sui San
Kho
Mental Health Association of Sarawak (MHAS)
28/06/2022
1
Laura Sui San
Kho
Mental Health Association of Sarawak (MHAS)
28/06/2022
1
Laura Sui San
Kho
Mental Health Association of Sarawak (MHAS)
28/06/2022
1
Mohd Asraf Sharafi
Mohd Azhar
Individual
25/06/2022
1
Chee Han
Lim
CSO Health Cluster / People's Health Forum
14/06/2022

Endorse the 
Manifesto Rakyat!

Endorsements of the Peoples' Proposals

Sorry You have alreadry submitted your data
Please fill all the fields
Your data was submitted
Index
First Name
Last Name
Organisation
Submission Date
73
YI HUI
LIM
Agora Society Malaysia
07/08/2023
72
iudabiuf
idiubiuafn
kjdbawnk
03/07/2023
71
AMDAN @SABAN
TUMPONG
P.184 LIBARAN
11/11/2022
70
Muhammad Danial
Abdul Majeed
Parti MUDA Pulau Pinang
10/11/2022
69
maimuna
merican
individual
04/11/2022
68
Joshua
P
Keep Green Movement
04/11/2022
67
Kennedy
Michael
Individual
27/10/2022
66
MOHD YAZID
ABDULLAH
INDIVIDU
26/10/2022
63
Pauline
Yong
Individual
20/10/2022
63
Pauline
Yong
Individual
20/10/2022
63
Pauline
Yong
Individual
20/10/2022
62
Nancy
yee
Individual
11/10/2022
61
Nazif
Nani
Individual
11/10/2022
60
Cherlanne
Patrick
Individual
27/09/2022
59
Anusha
Arumugam
Individual
11/09/2022
58
kavein
thran
individual
18/08/2022
57
AZMAN
MOHD RADZI
INDIVIDUAL
19/07/2022
56
ANDREW
PANG
Always for People
18/07/2022
55
Iskandar
Putra
P104 Subang
13/07/2022
54
TK
KOH
SABM
13/07/2022
53
Law
Wogt Min
Individual
09/07/2022
52
SV
Singam
Individual
08/07/2022
51
Alex
Abraham
Individual
07/07/2022
50
Farida
Ibrahim
Saya Anak Bangsa Malaysai
07/07/2022
49
Chithra
Adiyodi
Individual
06/07/2022
48
Kean Seng
Goh
LLG CULTURAL DEVELOPMENT CENTRE
28/06/2022
47
Crietel Eviany
Philip
NA
26/06/2022
46
Subatra
Jayaraj
Individual
25/06/2022
45
Johleen
Koh
Individual
24/06/2022
44
Anwar
Fazal
Individual
22/06/2022
43
mah hui
lim
Individual
22/06/2022
42
ISMAIL
LUMUT
ICON
20/06/2022
41
Wathshlah
Naidu
Centre for Independent Journalism (CIJ)
20/06/2022
40
Dom
Wong
Say No To PJD Link
15/06/2022
39
Suguna
Papachan
Individual
14/06/2022
38
Danesh
Prakash Chacko
TINDAK MALAYSIA
14/06/2022
37
Harmit
Singh
Gerakan Belia Sepunjabi Malaysia
07/06/2022
36
Dennis
Francis
Individual
28/05/2022
35
Leon
Rethual
Individual
28/05/2022
34
Rhea
Martin
Individual
27/05/2022
33
Janette
Matujal
Individual
27/05/2022
32
Faizal
Masri
Individual
27/05/2022
31
Bill
Jugah
Sadia-Rajang/Independent Council Of Natives
27/05/2022
30
Chee Han
Lim
Manifesto Rakyat
27/05/2022
29
Zahid
Alom
Penang Stop Human Trafficking Campaign
27/05/2022
28
Alwi
Muda
Parti Amanah Negara
27/05/2022
27
Xiao Hui
Sem
Individual
27/05/2022
26
Beverly
Joeman
CSO Platform for Reform
27/05/2022
25
Jayanath
Appudurai
Saya Anak Bangsa Malaysia {SABM}
27/05/2022
24
Chee Keong
Chow
Individual
27/05/2022
23
Alice
Tan
Health Equity Initiatives
27/05/2022
22
Calvin Ohsey
Ak Ah Sen
individual
27/05/2022
21
you ping
goh
cdcas
27/05/2022
20
William
Liam
Terabai Kenyalang Heritage Association of Sarawak
27/05/2022
19
Nurizzati
Hamdan
Individual
27/05/2022
18
Sivashankar
Krishnapillai
Individual
27/05/2022
17
Seok Ping
Yu
Individual
27/05/2022
16
Sujatra
Jayaraj
Individual
27/05/2022
15
Remy
Majangkim
BAKAS MC
27/05/2022
14
David
Individual
27/05/2022
13
IRENE
XAVIER
Persatuan Sahabat Wanita Selangor
27/05/2022
12
Haris
Ibrahim
I am the 3rd Force
27/05/2022
11
Michelle R
Usman
Sabah Human Rights Centre
27/05/2022
10
Chan
Yin Hoong
Individual
27/05/2022
9
PH
Wong
Childline Foundation
27/05/2022
8
Sylvester
Gerunsen Jon
Kelab Dayak Pila Sibu (KDPS)
27/05/2022
7
Stanley
Yong
Gabungan Bertindak Malaysia
27/05/2022
6
Jimmy
Berukang
Individual
27/05/2022
5
Yock Lin
Ho
Monsoon Malaysia
27/05/2022
4
ronald
quay
individual
27/05/2022
3
Shanti
Somasundram
Individual
27/05/2022
2
Chia
Yong Tai
Monsoons Malaysia
27/05/2022
1
Mohammad Yunus
Salehi
HEI
27/05/2022

Thank you for your support!

To learn more, don’t hesitate to get in touch!

Thanks for submitting!

© All rights reserved by Manifesto Rakyat 2022. 

  • Twitter
  • Facebook
  • Instagram
bottom of page