top of page

2b: Hak Asasi Manusia


Pengenalan

Penghormatan terhadap hak asasi manusia dan Kedaulatan Undang-undang dianggap sebagai objektif teras dalam bidang dasar ini. Cadangan dalam bahagian ini berkaitan dengan beberapa kekhuatiran seperti kematian dalam tahanan, penyeksaan, hukuman mati dan undang-undang yang menindas—semua gejala pencabulan hak asasi manusia dalam rangka kerja institusi yang lebih luas yang gagal mengiktiraf kewujudan maruah dan hak Rakyat yang sama rata dan tidak boleh dipisahkan. Memperbaharui sistem penjara, dasar dadah dan bantuan guaman, seperti yang dinyatakan di bawah, adalah beberapa percubaan berbentuk struktur ke arah mewujudkan masyarakat yang lebih adil. Untuk melindungi hak asasi manusia, dan untuk mewujudkan akauntabiliti pemimpin kerajaan yang memegang kuasa awam, Malaysia mesti berfungsi dalam sistem undang-undang yang tetap dan boleh diramal, di mana setiap orang dilayan oleh semua pembuat keputusan dengan bermaruah, saksama dan rasional mengikut piawaian dan prinsip hak asasi manusia, dan berpeluang untuk mencabar keputusan di hadapan mahkamah yang bebas dan saksama melalui prosedur yang adil.

I: Bantuan Guaman

Sistem bantuan guaman yang sedia ada adalah terhad dan mesti diperbaharui untuk mewujudkan sistem yang lebih adil dan saksama untuk semua.

1. Meluaskan kapasiti Biro Bantuan Guaman untuk mewakili semua aspek keadilan sosial dan asasi.

Sistem bantuan guaman semasa adalah terhad dari aspek skop dan benefisiari. Ramai orang dari kelas pekerja tidak mampu membayar yuran peguam. Sistem ini mesti diperbaharui untuk mencapai keadilan sosial dan asasi untuk semua. Peguam yang diupah dan digunapakai oleh Biro Bantuan Guaman mestilah merupakan peguam profesional yang tulen dan berkelayakan.

(Uli Jon Rock, Cadangan 2B-1)

II: Penyeksaan & Kematian Dalam Tahanan, Kematian Akibat ditembak Polis

Seksyen 30(3)(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 semasa adalah contoh perundangan semasa yang mempunyai ruang untuk disalahgunakan, kerana membenarkan soal siasat berlarutan "dari hari ke hari". Ini adalah penyeksaan mental dan melanggar hak asasi manusia, seperti dalam kes mendiang Teoh Beng Hock, seorang pembantu politik yang meninggal dunia dalam keadaan misteri di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selangor selepas soal siasat sedemikian. Kes kematian dalam tahanan yang tidak berkesudahan, tanpa mengira kewarganegaraan mangsa, adalah pelanggaran hak untuk hidup (Perkara 5 Perlembagaan Persekutuan). Dari 2013 hingga April 2016, 721 individu dilaporkan telah meninggal dunia dalam tahanan polis. Kegagalan untuk memberikan rawatan perubatan yang diperlukan kepada tahanan juga merupakan kebimbangan yang mesti ditangani.

2. Kecam dan hukum semua anggota polis yang didapati bersalah secara langsung atau tidak langsung yang mengakibatkan kematian seseorang tahanan.

Peguam Negara juga mesti bertindak atas sebarang penemuan dan cadangan daripada badan yang berkaitan.

3. Gubal undang-undang anti penyeksaan untuk menghukum pegawai penguat kuasa yang secara fizikal atau mental menyeksa tahanan.

(Ng Yap Hwa, Teoh Beng Hock Trust for Democracy, Cadangan 2B-3)

4. Tubuhkan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

(Ng Yap Hwa, Teoh Beng Hock Trust for Democracy Cadangan 2B-4; Kenneth Cheng, SUARAM, Cadangan 2B-2; Rule of Law (ROL) Cluster, CSO Platform for Reform & Yayasan Tamil/Yayasan Pendidikan, Kebajikan & Penyelidikan Malaysia, Cadangan 2B-5)

5. Ratifikasi Konvensyen PBB Menentang Penyeksaan dan Layanan atau Hukuman Lain yang Kejam, Tidak Berperikemanusiaan atau Menghinakan (UNCAT).

6. Perbaharui Akta Kaedah-Kaedah Lokap 1953 untuk memastikan hak kesihatan tahanan.

Ini termasuk akses kepada rawatan perubatan dan perubatan, dan kehadiran kakitangan perubatan di semua lokap dan tempat tahanan.

(Ng Yap Hwa, Teoh Beng Hock Trust for Democracy, Cadangan 2B-7; Kenneth Cheng, SUARAM, Cadangan 2B-2)

7. Perkenalkan Akta Mahkamah Koroner untuk mengukuhkan peranan koroner.

(Kenneth Cheng, SUARAM, Cadangan 2B-2)

8. Pinda Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk mengehadkan tempoh soal siasat.

(Ng Yap Hwa, Teoh Beng Hock Trust for Democracy, Cadangan 2B-8)

III: Perancangan Pembangunan yang patuh hak asasi manusia

Perancangan pembangunan, terutamanya yang melibatkan projek mega, perlu mengambil kira hak dan kepentingan masyarakat yang terjejas, seperti Orang Asli/Asal, peneroka bandar, petani dan nelayan. Sepatutnya tidak ada sebarang pengusiran, dan pegawai penguatkuasa yang terlibat dalam perancangan pembangunan mesti menghormati, melindungi dan memenuhi hak asasi manusia dalam pendekatan mereka. Syarikat awam, swasta dan berkaitan kerajaan mesti mematuhi piawaian hak asasi manusia.

9. Agensi penguatkuasa dan pegawai yang terlibat dalam perancangan pembangunan mesti mengikuti latihan hak asasi manusia.

(Ng Yap Hwa, Teoh Beng Hock Trust for Democracy, Cadangan 2B-9)

10. Di samping penilaian kesan alam sekitar, masukkan juga penilaian kesan hak asasi manusia dalam semua projek perancangan pembangunan.

(Ng Yap Hwa, Teoh Beng Hock Trust for Democracy, Cadangan 2B-10)

IV: Keadilan Peralihan

Kerajaan mesti bertanggungjawab dan komited untuk menangani pencabulan hak asasi manusia terhadap rakyat dengan memberikan ganti rugi kepada semua mangsa yang menderita akibat kesan penahanan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri yang kini sudah dimansuhkan, undang-undang darurat, insiden 13 Mei, Akta Hasutan 1948, termasuk mangsa kematian dalam tahanan.

11. Gubal undang-undang keadilan peralihan sebagai permohonan maaf daripada kerajaan kepada semua mangsa pencabulan hak asasi manusia.

Undang-undang itu juga akan memperuntukkan pampasan kepada mangsa dan mangsa pencabulan hak asasi manusia yang dilakukan oleh kerajaan.

(Ng Yap Hwa, Teoh Beng Hock Trust for Democracy, Cadangan 2B-11)

12. Tubuhkan muzium hak asasi manusia.

Ini bagi mengenang pengorbanan mereka yang terlibat dan telah menyumbang kepada perjuangan hak asasi manusia di Malaysia.

(Ng Yap Hwa, Teoh Beng Hock Trust for Democracy, Cadangan 2B-11)

V: Kerajaan yang Bertanggungjawab, Adil & Telus

Wujudnya perkauman yang berakar umbi yang bersilang dengan isu hak asasi manusia mengenai pemilikan tanah orang asli, kematian dalam tahanan, dan penderaan terhadap pelarian dan pendatang; wujudnya kebencian dan keganasan terhadap komuniti LGBTIQ+; dan cabaran terkini ialah wabak, yang telah meningkatkan ketidaksamaan ekonomi di negara ini dan menggalakkan perpecahan.


13. Wakil rakyat yang menganut kepercayaan Kristian mesti mempromosikan nilai teras kasih sayang, belas kasihan dan rahmat, terutamanya sebagaimana yang dianuti dalam kitab suci.

Mereka harus bertanggungjawab bukan sahaja sebagai rakyat yang membayar cukai tetapi juga sebagai saudara seiman.

(Penganut Kristian Progresif, Cadangan 2B-12)

VI: Hukuman Mati

Hukuman mati telah diperkenalkan ke Tanah Melayu oleh penjajah British sebagai hukuman bagi kesalahan bunuh dan kemudiannya dijadikan hukuman yang memerlukan budi bicara hakim bagi kesalahan pengedaran dadah. Di bawah pentadbiran Tun Dr. Mahathir Mohamad, kerajaan Malaysia melancarkan perang terhadap penyalahgunaan dadah dan melaksanakan hukuman mati mandatori bagi pengedaran dadah pada tahun 1983. Kerajaan reformis yang dipilih untuk memerintah pada tahun 2018 telah meminda Akta Dadah Berbahaya (1952) untuk membenarkan penggunaan budi bicara kehakiman bagi pelaksanaan hukuman penjara seumur hidup dan sebat dan sebagai ganti kepada hukuman mati. Kerajaan juga meletakkan moratorium terhadap hukuman mati dengan niat pemansuhan sepenuhnya. Pada masa ini, 33 kesalahan membawa hukuman ini, termasuk 12 kesalahan yang mana hukuman ini adalah mandatori.

14. Mansuh segera undang-undang semasa yang membawa hukuman mati mandatori melalui tali gantung.

15. Mansuh hukuman mati secara keseluruhan dalam jangka masa panjang.

(Kluster ROL (Amnesty International Malaysia), CSO Platform for Reform, Cadangan 2B-13)

VII: Undang-undang Menindas

Undang-undang yang membenarkan penahanan sewenang-wenangnya dan penafian kejam hak untuk perbicaraan yang adil tidak mempunyai tempat dalam masyarakat. Ini termasuk Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), Akta Pencegahan Jenayah 1959 (POCA), Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA), dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985.

16. Mansuh semua undang-undang penahanan tanpa perbicaraan.

17. Gubal undang-undang keselamatan alternatif atau langkah-langkah yang mematuhi piawaian hak asasi manusia antarabangsa.

(Kluster ROL (SUARAM), CSO Platform for Reform, Cadangan 2B-14)

VIII: Pembaharuan Dasar Dadah Negara

Melayan pengguna dadah sebagai pesakit dan bukannya penjenayah akan membantu mengurangkan populasi dalam penjara. Sehingga Disember 2021, terdapat 52,078 banduan di 39 penjara, lebihan kapasiti sebanyak 18.4% (43,986), menurut Jabatan Penjara. Hampir 63% daripada banduan ini telah dipenjarakan kerana kesalahan berkaitan dadah. Apabila pengguna dadah dipenjarakan, mereka kehilangan akses kepada pekerjaan dan pendidikan. Apabila ketagihan mereka tidak ditangani sepenuhnya, yang mana ini sukar dilakukan semasa hukuman penjara yang singkat, terdapat kemungkinan yang lebih tinggi untuk berlakunya kesalahan berulang berlaku, kesalahan lanjut dan pemenjaraan semula.

18. Tubuhkan pasukan petugas pelbagai sektor untuk mengkaji semula undang-undang dan dasar berkaitan seperti Akta Penagih Dadah (Rawatan & Pemulihan) 1983.

Pasukan petugas ini mesti melibatkan golongan profesional kesihatan dan undang-undang, ahli akademik dan agensi berkaitan.

19. Bezakan kemudaratan yang disebabkan oleh dadah terlarang yang berlainan jenis, dan antara penggunaan dan pengedaran dadah.

20. Guna pendekatan penggunaan dadah sebagai isu kesihatan dan sosial, dan tingkatkan akses kepada rawatan, kaunseling, sokongan sosial dan kebajikan.

21. Hapuskan dasar dadah punitif yang menghalang dasar dadah yang berasaskan bukti.

(Kluster ROL, CSO Platform for Reform, Cadangan 2B-15)

IX: Pembaharuan Dasar Penjara

Hampir 64% banduan berada di penjara kerana kesalahan dadah, menurut Jabatan Penjara pada 2020. Pendekatan yang digunakan ke atas pengguna dadah mesti tertumpu kepada pemulihan. Ini akan mengurangkan masalah kesesakan di penjara dan seterusnya memperbaiki keadaan tempat tinggal banduan.

22. Perkenalkan alternatif kepada pemenjaraan bagi kesalahan dadah.

Contohnya, hukuman penangguhan, tahanan rumah untuk reman dengan alat pemantauan elektronik, percubaan, keadilan pemulihan.

23. Laksana program pra dan pasca pembebasan bagi setiap penjara.

Ini termasuklah memperbanyakkan rumah peralihan milik kerajaan dan rumah peralihan bersubsidi milik swasta dan yang berasaskan agama.

24. Pastikan program kesihatan mental yang mencukupi untuk kakitangan dan banduan.

Ini termasuklah saringan, kaunseling dan kumpulan sokongan rakan sebaya.

25. Sediakan akses sama rata untuk banduan yang hidup dengan HIV ke kelas, program, pekerjaan, parol, dan memastikan tiada jurang akses dalam ubat atau rawatan.

26. Sediakan akses kepada pekerjaan perkhidmatan awam untuk bekas banduan.

27. Hapus larangan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional untuk bekas banduan.

28. Pastikan semua banduan mempunyai MyKad sebaik dibebaskan.

29. Naik taraf kemudahan penjara.

Setakat 2020, 14 daripada 39 kemudahan sudah berusia lebih 50 tahun, menurut Jabatan Penjara. Beberapa penjara ini masih sehingga kini menggunakan sistem pembuangan najis melalui bekas (baldi), termasuk di Muar, Taiping dan Pulau Pinang. Menurut pegawai penjara, tiada apa yang boleh dilakukan untuk menaik taraf sistem pembuangan najis melalui bekas (baldi) di penjara "warisan" dan usang ini melainkan mereka berpindah ke bangunan baharu.

(Kluster ROL, CSO Platform for Reform, Cadangan 2B-16)

X. Kebebasan Berhimpun

Akta Perhimpunan Aman 2012 menghalang pengamalan kebebasan asasi yang dijamin dalam Perlembagaan Persekutuan dan dilindungi oleh undang-undang hak asasi manusia antarabangsa. Undang-undang ini mengenakan kewajipan yang terlalu membebankan kepada penganjur perhimpunan dan ini menjadikan kebebasan berhimpun yang berkesan hampir mustahil.

30. Pinda Akta Perhimpunan Aman 2012 untuk hanya mengenakan sekatan yang munasabah selaras dengan piawaian hak asasi manusia antarabangsa yang mengawal perhimpunan.

  1. Memastikan sekatan adalah sah di sisi undang-undang, munasabah, berkadar dan perlu atau suai manfaat berkaitan dengan hak demokrasi tersebut demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman/kesihatan awam, termasuk perlindungan hak dan kebebasan orang lain.

  2. Nyahjenayahkan kanak-kanak dan bukan warganegara yang menyertai perhimpunan aman.

  3. Pendekkan tempoh pemberitahuan pengemukaan notis awal kepada pihak berkuasa mengenai penganjuran mana-mana perhimpunan aman

  4. Memperkenalkan dan mengiktiraf secara sah konsep perhimpunan spontan.

(Firdaus Husni, Malaysian Centre for Constitutionalism and Human Rights (MCCHR), Cadangan 2B-17)



Please fill in all the fields
Sorry You have alreadry submitted your data
Please fill in all the fields
download.jpg

justinleong

For a better and fairer electoral system and to eliminate cronyism, corruption and

Index
First Name
Last Name
Organisation
Submission Date
1
Chee Han
Lim
Agora Society
17/10/2022
1
Swee Lin
Loh
Individual
28/09/2022
2
Laura Sui San
Kho
Mental Health Association of Sarawak (MHAS)
28/06/2022
1
Laura Sui San
Kho
Mental Health Association of Sarawak (MHAS)
28/06/2022
1
Laura Sui San
Kho
Mental Health Association of Sarawak (MHAS)
28/06/2022
1
Laura Sui San
Kho
Mental Health Association of Sarawak (MHAS)
28/06/2022
1
Laura Sui San
Kho
Mental Health Association of Sarawak (MHAS)
28/06/2022
1
Mohd Asraf Sharafi
Mohd Azhar
Individual
25/06/2022
1
Chee Han
Lim
CSO Health Cluster / People's Health Forum
14/06/2022
bottom of page