top of page

2g5: Gender Pengenalan Bidang dasar ini memberi tumpuan kepada dua komuniti utama, iaitu LGBTIQ+ dan ibu-ibu warga Malaysia yang mempunyai anak kelahiran luar negara. Dasar ini menekankan keperluan untuk layanan yang lebih baik diberikan kepada kumpulan ini, dengan menunjukkan jurang dalam dasar semasa dan mencadangkan pembaharuan undang-undang untuk mencegah dan menghapuskan diskriminasi terhadap mereka. I: Layanan sama rata untuk komuniti LGBTIQ+ Komuniti LGBTIQ+ di Malaysia menghadapi banyak cabaran undang-undang dan sosial yang unik yang tidak dialami oleh kumpulan minoriti lain kerana pempolitikan kehidupan dan kewujudan mereka. Kebanyakan diskriminasi terhadap mereka berpunca daripada individu dan kumpulan tertentu yang berkuasa, yang retoriknya terhadap komuniti LGBTIQ+ telah menggalakkan kebangkitan gerakan anti- LGBTIQ+ dalam kalangan konservatif agama dan kumpulan politik berhaluan kanan. Kerajaan Persekutuan menyokong dan membiayai kem pemulihan untuk terapi penukaran, malah beberapa penggubal undang-undang negeri telah memulakan undang-undang yang menjenayahkan LGBTIQ+. Akibat tekanan dan tindakan sedemikian terhadap mereka, ramai individu-individu LGBTIQ+ kekurangan akses kepada penjagaan kesihatan, sistem keadilan dan juga pendidikan. 1. Hentikan semua pendakwaan dan inisiatif untuk mendakwa individu- individu LGBTIQ+ berdasarkan orientasi seksual, identiti gender dan ekspresi gender (Arabelle Yong, L-INC Foundation, Cadangan 2G5-1) 2. Kenakan moratorium ke atas undang-undang yang menjenayahkan komuniti LGBTIQ+. Ini akan memastikan akses mereka kepada penjagaan kesihatan, keadilan, dan menjamin keselamatan peribadi mereka, serta bebas daripada keganasan. 87

3. Hentikan semua ucapan yang mendiskriminasi terhadap individu-individu LGBTIQ+ 4. Libatkan kumpulan hak asasi manusia SUHAKAM dan LGBTIQ+ untuk menangani kesan sistemik penjenayahan dan pempatologian individu- individu LGBTIQ+. (Arabelle Yong, L-INC Foundation, Cadangan 2G5-1) II: Hak Kewarganegaraan Wanita Malaysia Sehingga keputusan mahkamah pada 9 September 2021 menyatakan sebaliknya, wanita Malaysia dalam perkahwinan dwi nasional tidak mempunyai hak yang sama seperti lelaki Malaysia yang boleh memberikan kewarganegaraan kepada anak-anak mereka yang dilahirkan di luar negara melalui kuat kuasa undang-undang. Setakat ini, wanita dihadkan oleh Perkara 15(2) dan Jadual Kedua berkaitannya, yang menyatakan bahawa kewarganegaraan seseorang yang dilahirkan di luar Malaysia adalah menerusi permohonan jika ibu mereka adalah warganegara, manakala Perkara 14(1)(b) membenarkan pemindahan kewarganegaraan tersebut melalui kuat kuasa undang- undang jika bapa mereka adalah warganegara. Juga tidak membantu apabila proses permohonan melalui Perkara 15(2) sering tertangguh— antara 2 dan 10 tahun semata-mata untuk menerima jawapan, penolakan berulang tanpa sebab dan tiada jaminan kelulusan. Wanita Malaysia dalam keadaan sedemikian menghadapi pelbagai cabaran, termasuk keperluan birokrasi yang tidak konsisten semasa proses permohonan, terdedah kepada keganasan berasaskan gender dan autonomi yang terjejas dalam lingkungan awam, swasta dan sivik. Walaupun keputusan mahkamah baru-baru ini nampaknya telah menghentikan ketidakadilan yang dilakukan ke atas wanita Malaysia ini, Kerajaan sedang merayu keputusan itu, dan masih belum ada yang berubah lagi dalam Perlembagaan Persekutuan. 88

5. Pinda Perkara 14(1)(b) Perlembagaan Persekutuan untuk memastikan Wanita Malaysia boleh memberikan kewarganegaraan melalui kuat kuasa undang-undang setara dengan lelaki Malaysia, kepada anak-anak kelahiran luar negara mereka. Selaraskannya mengikut Perkara 8(2), yang melarang diskriminasi berdasarkan gender. (Melinda Anne Sharlini, Family Frontiers, Cadangan 2G5-2) 6. Bangunkan prosedur operasi standard (SOP) yang jelas dan boleh diakses untuk meningkatkan kebolehpercayaan dan ketelusan dalam pemprosesan permohonan kewarganegaraan dan visa untuk kanak-kanak bukan warganegara Malaysia. SOP hendaklah disediakan di laman sesawang Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran Negara. Ia harus merangkumi tempoh masa yang munasabah sehingga bila keputusan boleh dijangka dan prosedur terperinci untuk merayu keputusan. 7. Peruntukkan sumber yang diperlukan untuk memproses tunggakan permohonan kewarganegaraan dalam tempoh masa yang munasabah. 8. Benarkan penyerahan permohonan kewarganegaraan di perwakilan Malaysia di luar negara. Ini termasuklah mereka yang memohon untuk anak mereka yang berumur lebih dari satu tahun. Kata-kata Penutup Kesaksamaan gender telah lama menjadi isu kritikal di Malaysia. Walaupun Malaysia telah meratifikasi CEDAW dan UNCRC pada 1995, meskipun selepas 26 tahun, hanya sedikit kemajuan telah dicapai untuk menyetempatkan Konvensyen berkenaan berhubung isu LGBTIQ+ dan hak kewarganegaraan untuk wanita. Jurang antara janji yang dibuat oleh Kerajaan melalui konvensyen dan realiti hidup rakyat mesti segera dirapatkan. 89

Please fill in all the fields
Sorry You have alreadry submitted your data
Please fill in all the fields
download.jpg

justinleong

For a better and fairer electoral system and to eliminate cronyism, corruption and

Index
First Name
Last Name
Organisation
Submission Date
bottom of page