top of page

2h1: Sabah

Pengenalan

Menurut rekod kerajaan negeri, terdapat 33 kumpulan orang asal, 50 bahasa dan 80 dialek etnik di Sabah. Masyarakat orang asal membentuk tiga perlima daripada penduduk tempatan Sabah, namun bahasa dan adat resam mereka tidak termasuk dalam pendidikan arus perdana negara. Ini bertentangan dengan prinsip Deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Hak Orang Asal (UNDRIP), yang menyatakan bahawa orang asal mempunyai hak untuk menentukan sistem pendidikan mereka sendiri. Mereka juga mempunyai hak ke atas tanah, wilayah dan sumber yang secara tradisinya mereka miliki, duduki, gunakan atau perolehi, dan kerajaan mesti memberikan pengiktirafan dan perlindungan undang-undang kepada mereka. Satu lagi masalah utama di Sabah adalah isu ketiadaan kewarganegara an. Dianggarkan 800,000 orang tidak mempunyai kewarganegaraan dan tidak mempunyai akses kepada penjagaan kesihatan, pendidikan, pekerjaan yang sah dan faedah lain yang diberikan kepada warganegara. Ketiadaan identiti kebangsaan juga menghalang mereka untuk mendapatkan perlindungan diplomatik daripada negara asal dan hak untuk menggunakan hak-hak asasi mereka, yang mana kewarganegaraan sering menjadi prasyarat sama ada dari segi undang-undang atau praktikal. Walaupun terdapat prosedur berstruktur untuk memohon kewarganegaraan yang sah, komuniti tanpa kewarganegaraan masih menghadapi proses yang mencabar untuk berbuat demikian disebabkan laluan dokumentasi yang kompleks termasuk melalui mahkamah. I: Status Bajau Laut dari segi undang-undang Penduduk Bajau Laut di Sabah adalah komuniti separa nomad laut, dengan mobiliti sejarah merentasi sempadan Malaysia, Brunei, Filipina dan Indonesia. Sejak kemunculan negara-bangsa ini dan pemformalan sempadan wilayah, Bajau Laut telah menghadapi cabaran yang berterusan bagi memperoleh pengiktirafan undang- undang sebagai warganegara daripada mana-mana negara. Ini, digabungkan dengan pembentukan sempadan maritim, telah menyebabkan kebebasan bergerak mereka secara adat dinafikan. 90

1. Tangani isu-isu tentang akses kewarganegaraan bagi Bajau Laut. (Maalini Ramalo, DHRRA Malaysia, Cadangan 2H1-1) 2. Pinda undang-undang imigresen untuk kembalikan hak orang-orang yang lahir di Sabah. (Elihanis, Cadangan 2H1-2) Dasar imigresen yang kompleks di Sabah telah menyebabkan kesukaran dalam pendaftaran MyKad buat ramai kanak-kanak kelahiran Sabah. Walaupun sijil kelahiran dikeluarkan kepada kanak-kanak warga asing yang dilahirkan di Sabah, sijil ini tidak mengesahkan kewarganegaraan mereka tetapi hanyalah satu cara untuk mengawal kehadiran mereka. Pegawai imigresen masih menganggap kanak-kanak ini sebagai orang asing (bergantung kepada kewarganegaraan ibu bapa mereka, biasanya sama ada Filipina atau Indonesia), dan dengan demikian akan menolak permohonan MyKad mereka. Pinda undang-undang yang berkaitan untuk melindungi kanak-kanak daripada dihantar pulang ke negara 'asal' mereka. II: Pendidikan Orang Asal Pada masa ini, pelajaran bahasa ibunda, seperti bahasa Kadazandusun dan Iban, ditawarkan di sekolah di mana terdapat sekurang-kurangnya 15 pelajar daripada kumpulan orang asal yang berkaitan bagi satu kelas. Untuk meningkatkan keterangkuman dalam sistem pendidikan, Kementerian Pendidikan harus melihat untuk memasukkan unsur budaya tempatan dalam sukatan pelajaran rendah dan menengah, dan memperkenalkan kelenturan yang lebih besar dalam kurikulum pendidikan kebangsaan bagi membolehkan sekolah menentukan sukatan pelajaran yang sesuai untuk masyarakat setempat. Ia penting bagi memupuk dan memasukkan kearifan budaya tempatan dan pemahaman dalam kurikulum pendidikan kebangsaan. 91

3: Masukkan bahan-bahan tempatan khususnya mengenai budaya Orang Asal Sabah dan Sarawak dalam sukatan pelajaran. Mata pelajaran tentang bahasa ibunda orang asal dan kurikulum tentang adat resam orang asal harus ditawarkan di sekolah rendah dan menengah serta semua universiti awam di Malaysia. (Esther Sinirisan Chong, Agora Society Malaysia, Cadangan 2H1-3) 92

Please fill in all the fields
Sorry You have alreadry submitted your data
Please fill in all the fields
Index
First Name
Last Name
Organisation
Submission Date
bottom of page