top of page

#manifestorakyat2021

3h: Buruh

Pengenalan

Undang-undang buruh Malaysia adalah hasil daripada usaha bekas kerajaan kolonial British untuk menghapuskan komunis militan semasa era gerakan buruh selepas perang. Ordinan Kesatuan Sekerja 1940, khususnya, telah disemak beberapa kali (sehingga 1950) untuk mewajibkan pendaftaran kesatuan sekerja dan pengasingan mereka ke dalam kategori perdagangan, perindustrian dan pekerjaan, dengan tujuan memecahbelahkan dan melemahkan kesatuan sekerja am yang disokong oleh rakyat. Selepas merdeka, kerajaan Malaya menggantikan Ordinan tersebut dengan Akta Kesatuan Sekerja 1959 tetapi mengekalkan keterbatasan peruntukan tersebut. Penindasan perundangan berterusan selepas pembentukan Malaysia dengan penggubalan Akta Perhubungan Perusahaan 1967, yang diluluskan berdasarkan ciri- ciri terbatas Akta Kesatuan Sekerja. Satu lagi undang-undang, Akta Pekerjaan 1955, yang digubal sebelum merdeka, mengandungi banyak ciri-ciri diskriminasi dan tidak mempunyai perlindungan yang mencukupi untuk melindungi pekerja daripada kerja paksa. Di samping sekatan perundangan terhadap hak mereka, pekerja di Malaysia berdepan dengan masalah ekonomi. Penswastaan perkhidmatan awam yang berlaku pada tahun 1990-an menyebabkan sistem kontrak dikenakan ke atas pekerja yang bekerja di peringkat terendah perkhidmatan ini. Sistem kontrak untuk perkhidmatan sokongan (cth. pekerja pembersihan dan pengawal) di premis awam (cth. sekolah dan hospital) memberi manfaat kepada kontraktor, dan selama bertahun-tahun, telah mengakibatkan kemerosotan dari segi layanan dan keadaan kerja untuk pekerja perkhidmatan yang bekerja di bawah sistem tersebut —sebagai contoh, mereka telah kehilangan faedah dan hak asasi buruh seperti kenaikan tahunan dan jaminan pekerjaan, kerana mereka diambil bekerja oleh entiti swasta dengan tiga tahun tempoh pusing ganti. Mereka juga tidak mempunyai cuti sakit atau cuti tahunan–sekiranya mereka ingin mengambil cuti, mereka mesti menanggung sendiri kos kewangan untuk membayar pampasan gaji pekerja gantian sepanjang tempoh mereka bercuti. Penyelewengan berleluasa di seluruh negara; tidak terkira banyaknya kes majikan yang tidak mencarum kepada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja dan Pertubuhan Keselamatan 143

Sosial, tidak membayar kadar bekerja lebih masa dengan secukupnya, memotong gaji secara tidak sah, dan mengambil pekerja melebihi umur persaraan, antara lainnya. Wabak COVID-19 telah mendedahkan sistem yang rapuh ini, kerana bukan sahaja pekerja perkhidmatan ini tidak diiktiraf sebagai barisan hadapan dan diberi faedah dan perlindungan seperti peralatan perlindungan diri, mereka juga dikenakan beban kerja yang lebih berat. Sistem semasa juga memihak kepada kronisme dan dimanipulasi oleh elit politik korup tertentu untuk menghargai kesetiaan politik. Proses perolehan tidak telus dan tiada akauntabiliti. Kebergantungan kepada kontraktor kononnya diwajarkan atas nama penjimatan kos, kecekapan dan peningkatan kualiti perkhidmatan. I: Hak Kebebasan untuk Berpersatuan Akta Kesatuan Sekerja mestilah sebuah undang-undang yang menggalakkan dan melindungi hak semua pekerja dalam semua perdagangan, tanpa mengira kewarganegaraan, gender atau pekerjaan, untuk mempertahankan hak mereka membentuk kesatuan sekerja pilihan mereka. Pada masa ini undang-undang ini menyekat pembentukan kesatuan sekerja dan mengecualikan ramai pekerja daripada membentuk dan menyertai kesatuan sekerja. 1. Pinda Akta Kesatuan Sekerja 1959 untuk menghapuskan halangan kepada penubuhan organisasi dan mengukuhkan peranan Badan Kehakiman ke atas Eksekutif.

  1. Hapuskan sekatan bahawa kesatuan sekerja hanya boleh mendaftar mengikut perdagangan, industri dan pekerjaan mereka, dan menurunkan ambang penggabungan kesatuan sekerja.

  2. Kuasa Ketua Pengarah Kesatuan Sekerja hendaklah dihadkan kepada pendaftaran kesatuan sekerja dan tugas pentadbiran lain.

  3. Pendaftaran kesatuan hendaklah dilakukan dalam tempoh 30 hari.

  4. Penggantungan kesatuan sekerja hendaklah dirujuk kepada mahkamah.

  5. Peruntukan undang-undang untuk mogok hendaklah mengikut piawaian buruh antarabangsa.

  6. Bukan warganegara harus diberi hak untuk menjadi pegawai kesatuan sekerja selepas mereka bekerja secara sah selama satu tahun.

  7. Kesatuan mesti boleh bergabung melalui mesyuarat agung tanpa perlu terlebih dahulu mendapatkan kelulusan kerajaan.

144

(Ng Yap Hwa, Labour Law Reform Coalition, Mesyuarat Dasar Dialog Awam, 3 Oktober 2021) 2. Pinda IRA untuk menghapuskan semua halangan kepada kebebasan berpersatuan dan berhimpun pekerja.

  1. Hapuskan sekatan di bawah Seksyen 9(1) Akta Perhubungan Perusahaan 1967 bahawa kesatuan sekerja hanya boleh mendapatkan pengiktirafan daripada majikan mengikut kategori pekerja, seperti eksekutif, pengurusan, sulit dan profesional.

  2. Pinda Seksyen 9(4A) (b) Akta Perhubungan Perusahaan 1967, yang meliputi kuasa Ketua Pengarah untuk mengesahkan peratusan sokongan pekerja untuk kesatuan sekerja, untuk memastikan bahawa keputusan ditentukan oleh bilangan undi yang dibuang, sama ada untuk atau terhadap kesatuan sekerja, bukannya dengan memfaktorkan jumlah pekerja, iaitu dengan mengira bilangan undi tidak dibuang sebagai 'undi' terhadap kesatuan.

  3. Pinda seksyen dalam Akta yang mengawal mogok dan amalan piket supaya diselaraskan dengan piawaian buruh antarabangsa. (Ng Yap Hwa, Labour Law Reform Coalition, Mesyuarat Dasar Dialog Awam, 3 Oktober 2021)

II: Hak untuk Bekerja, Mendapat Faedah & Tempat Kerja Lebih Selamat “Kerja yang layak untuk semua” merupakan prinsip panduan ILO yang terutama mementingkan ketersediaan dan penyediaan pekerjaan dengan syarat kebebasan, kesaksamaan, keselamatan dan maruah manusia. Prinsip tersebut menetapkan piawaian amalan buruh dan memastikan kepentingan semua pekerja dilindungi, tanpa mengira kewarganegaraan mereka. Kerja yang layak ditakrifkan oleh ILO sebagai "kerja yang produktif, memberikan pendapatan yang adil dengan keselamatan dan perlindungan sosial, melindungi hak asasi, menawarkan kesaksamaan peluang dan layanan, prospek untuk pembangunan peribadi dan peluang untuk pengiktirafan dan suara anda didengari.”. Jika pekerjaan layak untuk semua, tidak akan ada masalah pekerja tempatan menolak jenis kerja tertentu, yang pekerja asing sangat bersedia untuk melakukannya sehingga mereka dieksploitasi. 145

3. Pinda Akta Pekerjaan 1955 untuk mendorong tempat kerja mematuhi piawaian kerja yang baik, seperti yang ditakrifkan oleh ILO.

  1. Meliputi semua pekerja, baik tempatan dan migran, serta pasangan warga Malaysia yang berwarganegara asing dan pelarian yang bekerja, tanpa mengira tahap gaji mereka.

  2. Pinda takrif undang-undang semasa tentang minggu kerja; mengurangkannya daripada 48 jam kepada 40.

  3. Menyediakan 98 hari cuti bersalin bergaji dan 7 hari cuti paterniti bergaji.

  4. Melarang semua bentuk diskriminasi, seperti gender, etnik, seksualiti dan umur.

  5. Melaksanakan dan menguatkuasakan sepenuhnya kod kelakuan tempat kerja untuk membendung gangguan seksual. Kod ini harus merangkumi mekanisme pembetulan yang betul dan jelas untuk mangsa, dan menguatkuasakan hukuman yang tegas ke atas pelaku.

  6. Mansuhkan peruntukan untuk kontraktor buruh.

  7. Pinda istilah diskriminasi yang terkandung dalam klausa dalam Jadual Pertama Akta dan gantikan "pembantu rumah" dengan "pekerja domestik". (Irene Xavier, Persatuan Sahabat Wanita Selangor, Cadangan 3H-1)

4. Mansuhkan buruh kontrak dalam perkhidmatan awam.

  1. Menyerap sepenuhnya pekerja perkhidmatan sokongan di premis awam sebagai kakitangan kerajaan sepenuh masa. Pekerjaan langsung akan menjamin hak pekerja ini dan memastikan mereka menerima faedah yang sama seperti penjawat awam lain di bawah pekerjaan langsung, seperti doktor dan guru.

  2. Kawal selia proses perolehan, termasuk pelantikan ahli lembaga pengarah, untuk memastikan ketelusan.

  3. Haramkan semua subkontrak.

  4. Mulakan pembaharuan undang-undang, seperti penghapusan undang- undang kerahsiaan dan merekrut pihak luar sebagai pemantau.

  5. Mulakan pembaharuan operasi, seperti menyenarai hitamkan kontraktor yang melanggar hak pekerja dan menguatkuasakan pembatalan wang bon daripada kontraktor sebagai bayaran keselamatan untuk pekerja. (Danial Hakeem, Jaringan Pekerja Kontrak Kerajaan, Cadangan 3H-2)

146

5. Pastikan masa depan yang lebih baik untuk warga Malaysia yang bekerja dalam kategori pendapatan rendah melalui perundangan yang mengutamakan pekerja warga Malaysia. (The Tamil Foundation/Group of Concerned Citizens, Cadangan 3H-3)

  1. Isi kekurangan buruh di negara ini melalui undang-undang yang mengawal pengambilan warga tempatan Malaysia dalam semua kategori pekerjaan, sama ada mahir, separuh mahir atau tidak mahir.

  2. Hadkan pengambilan pekerja asing kepada sektor yang mengalami kekurangan buruh yang teruk tanpa menjejaskan gaji pekerja tempatan.

  3. Menubuhkan jabatan kerajaan yang bertindak balas terhadap kekurangan buruh dengan memahirkan semula dan melatih semula pekerja tempatan, terutamanya warga India Malaysia, untuk memenuhi tuntutan ini. Mengelola pergerakan pekerja ladang yang berpindah dari luar bandar ke bandar dengan melatih dan melengkapkan mereka dengan kemahiran baharu yang relevan untuk pekerjaan di bandar. (Workers Union; The Tamil Foundation/EWRF, Cadangan 3H-4)

6. Kuatkuasa undang-undang buruh untuk melindungi pekerja asing daripada eksploitasi. (Irene Xavier, Persatuan Sahabat Wanita Selangor, Cadangan 3H-1) 147

Please fill in all the fields
Sorry You have alreadry submitted your data
Please fill in all the fields
download.jpg

justinleong

For a better and fairer electoral system and to eliminate cronyism, corruption and

Index
First Name
Last Name
Organisation
Submission Date
1
Chee Han
Lim
Agora Society
17/10/2022
1
Swee Lin
Loh
Individual
28/09/2022
2
Laura Sui San
Kho
Mental Health Association of Sarawak (MHAS)
28/06/2022
1
Laura Sui San
Kho
Mental Health Association of Sarawak (MHAS)
28/06/2022
1
Laura Sui San
Kho
Mental Health Association of Sarawak (MHAS)
28/06/2022
1
Laura Sui San
Kho
Mental Health Association of Sarawak (MHAS)
28/06/2022
1
Laura Sui San
Kho
Mental Health Association of Sarawak (MHAS)
28/06/2022
1
Mohd Asraf Sharafi
Mohd Azhar
Individual
25/06/2022
1
Chee Han
Lim
CSO Health Cluster / People's Health Forum
14/06/2022

Endorse the 
Manifesto Rakyat!

Endorsements of the Peoples' Proposals

Sorry You have alreadry submitted your data
Please fill all the fields
Your data was submitted
Index
First Name
Last Name
Organisation
Submission Date
73
YI HUI
LIM
Agora Society Malaysia
07/08/2023
72
iudabiuf
idiubiuafn
kjdbawnk
03/07/2023
71
AMDAN @SABAN
TUMPONG
P.184 LIBARAN
11/11/2022
70
Muhammad Danial
Abdul Majeed
Parti MUDA Pulau Pinang
10/11/2022
69
maimuna
merican
individual
04/11/2022
68
Joshua
P
Keep Green Movement
04/11/2022
67
Kennedy
Michael
Individual
27/10/2022
66
MOHD YAZID
ABDULLAH
INDIVIDU
26/10/2022
63
Pauline
Yong
Individual
20/10/2022
63
Pauline
Yong
Individual
20/10/2022
63
Pauline
Yong
Individual
20/10/2022
62
Nancy
yee
Individual
11/10/2022
61
Nazif
Nani
Individual
11/10/2022
60
Cherlanne
Patrick
Individual
27/09/2022
59
Anusha
Arumugam
Individual
11/09/2022
58
kavein
thran
individual
18/08/2022
57
AZMAN
MOHD RADZI
INDIVIDUAL
19/07/2022
56
ANDREW
PANG
Always for People
18/07/2022
55
Iskandar
Putra
P104 Subang
13/07/2022
54
TK
KOH
SABM
13/07/2022
53
Law
Wogt Min
Individual
09/07/2022
52
SV
Singam
Individual
08/07/2022
51
Alex
Abraham
Individual
07/07/2022
50
Farida
Ibrahim
Saya Anak Bangsa Malaysai
07/07/2022
49
Chithra
Adiyodi
Individual
06/07/2022
48
Kean Seng
Goh
LLG CULTURAL DEVELOPMENT CENTRE
28/06/2022
47
Crietel Eviany
Philip
NA
26/06/2022
46
Subatra
Jayaraj
Individual
25/06/2022
45
Johleen
Koh
Individual
24/06/2022
44
Anwar
Fazal
Individual
22/06/2022
43
mah hui
lim
Individual
22/06/2022
42
ISMAIL
LUMUT
ICON
20/06/2022
41
Wathshlah
Naidu
Centre for Independent Journalism (CIJ)
20/06/2022
40
Dom
Wong
Say No To PJD Link
15/06/2022
39
Suguna
Papachan
Individual
14/06/2022
38
Danesh
Prakash Chacko
TINDAK MALAYSIA
14/06/2022
37
Harmit
Singh
Gerakan Belia Sepunjabi Malaysia
07/06/2022
36
Dennis
Francis
Individual
28/05/2022
35
Leon
Rethual
Individual
28/05/2022
34
Rhea
Martin
Individual
27/05/2022
33
Janette
Matujal
Individual
27/05/2022
32
Faizal
Masri
Individual
27/05/2022
31
Bill
Jugah
Sadia-Rajang/Independent Council Of Natives
27/05/2022
30
Chee Han
Lim
Manifesto Rakyat
27/05/2022
29
Zahid
Alom
Penang Stop Human Trafficking Campaign
27/05/2022
28
Alwi
Muda
Parti Amanah Negara
27/05/2022
27
Xiao Hui
Sem
Individual
27/05/2022
26
Beverly
Joeman
CSO Platform for Reform
27/05/2022
25
Jayanath
Appudurai
Saya Anak Bangsa Malaysia {SABM}
27/05/2022
24
Chee Keong
Chow
Individual
27/05/2022
23
Alice
Tan
Health Equity Initiatives
27/05/2022
22
Calvin Ohsey
Ak Ah Sen
individual
27/05/2022
21
you ping
goh
cdcas
27/05/2022
20
William
Liam
Terabai Kenyalang Heritage Association of Sarawak
27/05/2022
19
Nurizzati
Hamdan
Individual
27/05/2022
18
Sivashankar
Krishnapillai
Individual
27/05/2022
17
Seok Ping
Yu
Individual
27/05/2022
16
Sujatra
Jayaraj
Individual
27/05/2022
15
Remy
Majangkim
BAKAS MC
27/05/2022
14
David
Individual
27/05/2022
13
IRENE
XAVIER
Persatuan Sahabat Wanita Selangor
27/05/2022
12
Haris
Ibrahim
I am the 3rd Force
27/05/2022
11
Michelle R
Usman
Sabah Human Rights Centre
27/05/2022
10
Chan
Yin Hoong
Individual
27/05/2022
9
PH
Wong
Childline Foundation
27/05/2022
8
Sylvester
Gerunsen Jon
Kelab Dayak Pila Sibu (KDPS)
27/05/2022
7
Stanley
Yong
Gabungan Bertindak Malaysia
27/05/2022
6
Jimmy
Berukang
Individual
27/05/2022
5
Yock Lin
Ho
Monsoon Malaysia
27/05/2022
4
ronald
quay
individual
27/05/2022
3
Shanti
Somasundram
Individual
27/05/2022
2
Chia
Yong Tai
Monsoons Malaysia
27/05/2022
1
Mohammad Yunus
Salehi
HEI
27/05/2022

Thank you for your support!

To learn more, don’t hesitate to get in touch!

Thanks for submitting!

© All rights reserved by Manifesto Rakyat 2022. 

  • Twitter
  • Facebook
  • Instagram
bottom of page