top of page

Strengthening Public Service Delivery: Establish an Independent Public Ombudsman, an “IPCMC” for all Public Servants and all Politicians

By:

Fiqah Roslan

Affiliations:

The Tiada.Guru Campaign

Policy Code:

3d Anti corruption

Problem Statement:

All public service misconduct, including those amounting to crimes, uses a five-step process: 1) primarily internal reports, 2) internal investigations, 3) disciplinary proceedings by the Public Services Commission, and 4) oversight by MACC, police and/or the Courts to prevent gratification and/or protection; and failing these four steps, the Cabinet institutes checks and balances by its statutory powers to ensure natural justice.

Today in Malaysia’s governance, all corruption eradication programs have wholly—yet predictably—failed. Likewise, “reform” politicians have refused to overhaul the Government even once awarded breathtaking Executive powers. While our Prime Ministers like to admit all Ministries are dangerously compromised, they have shown little urgency to enact reform.

Malaysia’s Executive Branch has consistently undermined, disturbed, and / or extinguished independent, thorough, and expedient…

 Detection: Our enforcement agencies are corruptly irresponsible / unresponsive to massive abuses of government power, whistleblowers are plainly unprotected, and the Government has been caught hiding mountains of evidence.
 Investigation: Our politicians and top public servants hold absolute veto authority over any investigation through backdoor Executive Control of the Royal Malaysian Police, MACC, and all Ministries.
 Deterrence: Our politicians hold absolute veto authority over any Court proceeding through Executive Control of the Attorney-General— alongside significant allegations of judicial misconduct.

The Government has sacked and/or pressured to resign many prominent political appointees and public servants, including Attorney Generals, Deputy Prime Ministers, Ministers, and MACC Chief Commissioners; likewise, countless public servants have been threatened and intimidated.

As Ministry of Education (MOE) whistleblowers, we can confirm that many hidden mini-1MDB scandals throughout the public service will shock the nation: enough un-investigated and unreported crimes have been committed to land hundreds—if not thousands—of senior public servants in Court or jail. Multiple such cases have been exposed with decades-long histories.

Value(s) and Belief(s):

Any dependency on internal investigations is a recipe for reform disaster. Honest public servants, such as teachers, are desperately waiting for independent oversight. Nemo judex in causa sua is the primary principle of natural justice: no one may be a judge in their own cause.

This hallmark failure of Malaysia’s governance must be wholly uprooted and incinerated into the pits of history.

Proposal of Solution:

As MOE whistleblowers have repeatedly shouted from the rooftops, internal investigations can never be reformed. Malaysia’s governance requires a reset: a Public Ombudsman (PO) with wholly independent disciplinary, civil, and criminal jurisdiction against all public servants and politicians.
Today, we must push beyond just forming an IPCMC: it is not just one Ministry, Agency, nor politician, but setting in place an empowered and robust Integrity Structure for the whole Government under the aegis of the PO who is then given authority to:
 Become the central hub for all misconduct and corruption claims against politicians and public servants, thus permanently abolishing all Ministries’ and Agencies’ internal “investigative” and “integrity” departments, defunct and dead in all but name.
 Become the central hub for all whistleblower protection.
 Be administered by rotated non-government experts and governed by statutory duties on human rights, justice, and transparency. These experts will be internally recruited from the legal & health professions, academia, and civil society, with three-year rotations.
o Its limited inaugural officers should be nominated by Parliament, similar to Cabinet Members in the United States (and unlike SUHAKAM Commission Members “recommended” by the Prime Minister).
 Be answerable only to Parliament for monthly reports and periodic non-government integrity and financial audits.
 Absorb SUHAKAM immediately and rebuild MACC 2.0 over time to remove political interference and sunset redundant agencies.
 Be firewalled against Legislative & Executive Branches: through guaranteed funding as direct % of yearly Budget, previously noted audits, and a permanent disqualification for all current and former public servants as administrators and officers.
 Establish a Public Interest Litigation Unit: in other nations, POs regularly file civil proceedings against egregious Government misconduct on behalf of aggrieved citizens, key for non-criminal misconduct, i.e., Ain Husniza vs MOE or Indira Gandhi vs. IGP.

The PO must become the primary warrior against institutionalized misconduct and corruption in the Executive, Legislative, and Judicial branches. Positive examples of other nations’ Pos can be found in the UNESCO 2017/8 Global Education Monitoring Report (page xiiii).

Additional Information:

-

Translation

Isu dan Polisi Semasa:

Semua salah laku perkhidmatan awam, termasuk yang berkaitan dengan jenayah, menggunakan proses lima langkah: 1) khususnya laporan dalaman, 2) siasatan dalaman, 3) prosiding tatatertib oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan 4) pengawasan oleh SPRM, polis dan/atau Mahkamah bagi mengelakkan suapan dan/atau perlindungan; dan sekiranya gagal dalam keempat-empat langkah ini, Kabinet akan menetapkan semak dan imbang melalui kuasa berkanunnya untuk memastikan keadilan asasi.

Dalam pemerintahan Malaysia hari ini, semua program pembasmian rasuah telah sama sekali—seperti yang diramal—gagal. Begitu juga, ahli politik “reformasi” enggan merombak dasar Kerajaan meskipun pernah mendapat mandat kuasa Eksekutif sebelum ini. Walaupun Perdana Menteri kita sering membangkitkan bahawa semua Kementerian sangat teruk dikompromi, mereka tidak menunjukkan sebarang desakan untuk melakukan pembaharuan.

Badan Eksekutif Malaysia telah secara konsisten merosakkan, mencampur tangan, dan/atau menyekat tindakan berikut untuk dilakukan secara bebas, menyeluruh dan wajar…

 Pengesanan: Agensi penguatkuasaan kita adalah tidak bertanggungjawab / tidak responsif terhadap penyelewengan besar-besaran kuasa pemerintahan, pemberi maklumat (whistleblowers) langsung tidak dilindungi dan Kerajaan telah didapati menyembunyikan timbunan bukti.
 Penyiasatan: Ahli politik dan pegawai awam tertinggi kita mempunyai kuasa veto mutlak ke atas sebarang siasatan melalui pintu belakang Kuasa Eksekutif Polis Diraja Malaysia, SPRM, dan semua Kementerian.
 Halangan: Ahli politik kita mempunyai kuasa veto mutlak terhadap mana-mana prosiding Mahkamah melalui Kuasa Eksekutif Peguam Negara — di samping tuduhan besar mengenai salah laku kehakiman.

Kerajaan telah memecat dan/atau mendesak untuk meletak jawatan ramai wakil rakyat politik terkemuka dan penjawat awam, termasuk Peguam Negara, Timbalan Perdana Menteri, menteri-menteri dan Ketua Pesuruhjaya SPRM; begitu juga, ramai kakitangan awam telah diugut dan ditakut-takutkan.

Sebagai pemberi maklumat Kementerian Pendidikan (KPM), kami dapat menjamin bahawa banyak skandal 1MDB mini yang tersembunyi dalam segenap perkhidmatan awam akan mengejutkan negara ini: sudah cukup jenayah yang tidak disiasat dan tidak dilaporkan telah dilakukan untuk menghumban beratus-ratus — jika tidak beribu-ribu — penjawat awam kanan di Mahkamah atau di dalam penjara. Pelbagai kes sebegitu telah didedahkan dengan sejarah selama berpuluh-puluh tahun.

Nilai-nilai dan Kepercayaan:

Sebarang bentuk kebergantungan pada penyiasatan dalaman adalah satu resipi bencana reformasi. Penjawat awam yang amanah, seperti guru, amat-amat menantikan pengawasan bebas. Nemo judex in causa sua merupakan prinsip utama keadilan asasi: tiada yang boleh menjadi hakim dalam sesuatu perkara jika mereka mempunyai kepentingan.

Kegagalan tadbir urus Malaysia ini perlu disingkirkan sepenuhnya dan dihumban ke dalam lubang sejarah.

Penyelesaian:

Disebabkan pemberi maklumat MOE berulang kali berteriak dari atas bumbung, penyiasatan dalaman tidak lagi boleh diperbaharui. Tadbir urus Malaysia memerlukan rombakan semula: sebuah Ombudsman Awam (PO) dengan bidang kuasa disiplin, sivil dan jenayah yang bebas sepenuhnya daripada semua penjawat awam dan ahli politik.
Hari ini, kita perlu memperjuangkan bukan setakat penubuhan IPCMC: ini bukan hanya satu Kementerian, Agensi atau ahli politik, tetapi penubuhan satu Struktur Integriti yang bertauliah dan teguh untuk seluruh Kerajaan di bawah naungan PO yang kemudian akan diberikan kuasa untuk:
 Menjadi pusat utama bagi semua dakwaan salah laku dan rasuah terhadap ahli politik dan penjawat awam, dengan itu memansuhkan secara kekal semua jabatan “siasatan” dan “integriti” dalaman Kementerian dan Agensi, dibubarkan dan mati dalam semua fungsi.
 Menjadi pusat utama bagi semua perlindungan pemberi maklumat.
 Ditadbir oleh pakar-pakar bukan kerajaan yang bergilir-gilir dan diatur melalui tugas-tugas berkanun mengenai hak asasi manusia, keadilan dan ketelusan. Pakar-pakar ini akan direkrut secara dalaman daripada bidang perundangan, kesihatan, akademik dan masyarakat sivil, dengan penggiliran selama tiga tahun.
o Pegawai pelantikan terhad PO ini harus dicalonkan oleh Parlimen, sama seperti Anggota Kabinet di Amerika Syarikat (dan tidak seperti Anggota Suruhanjaya SUHAKAM yang “dicadangkan” oleh Perdana Menteri).
 Dipertanggungjawabkan kepada Parlimen sahaja untuk laporan bulanan dan audit integriti dan kewangan bukan kerajaan secara berkala.
 Serapkan SUHAKAM dengan serta-merta dan bangunkan semula SPRM 2.0 sambil menyingkirkan campur tangan politik dan membubarkan agensi yang berlebihan.
 Kalis daripada Badan Perundangan & Eksekutif: menerusi pembiayaan terjamin dalam bentuk % langsung daripada Belanjawan tahunan, catatan audit sebelumnya dan pembatalan kelayakan kekal untuk semua bekas dan pegawai awam semasa sebagai pentadbir dan pegawai.
 Tubuhkan sebuah Unit Litigasi Kepentingan Awam: di negara-negara lain, PO kerap memfailkan prosiding sivil terhadap salah laku Kerajaan bagi pihak rakyat yang terkilan, kunci untuk salah laku bukan jenayah, misalnya, Ain Husniza lwn. MOE atau Indira Gandhi lwn. IGP.

PO ini mestilah menjadi pejuang utama dalam menentang salah laku dan penyelewengan berinstitusi dalam badan Eksekutif, Perundangan, dan Kehakiman. Contoh-contoh positif negara lain boleh didapati di Laporan Pemantauan Pendidikan Global UNESCO 2017/8 (halaman xiiii).

Informasi Tambahan:

bottom of page