top of page

Ban the appointment of Politician-Education Ministers

By:

Fiqah Roslan

Affiliations:

The Tiada.Guru Campaign

Policy Code:

3f Education

Problem Statement:

Why is the highest office of our education system always destined for a politician? By definition, an MP is a politician and Senators predominantly hold political party positions to some degree.

Politician-Education Ministers are often not products of our system, only able to speak the language of reform without the conviction to sacrifice for reform, and focus on academia, not schools. Academia experts are absolutely not appropriate for today’s crises in education that center on systemic injustice, corruption, racism, abuse of power, institutional rot, and negligence. Academia experts do not understand our problems, thus when they appeal to the public, they focus on significantly weak and/or contradictory solutions that do not address structural failures (e.g., MOE investigates the MOE = PDRM investigates PDRM). Once confronted, they are unable to fight for their weak reforms.

Politician-Education Ministers:

- Want to pad their resumes, concentrate their power, and use education to claim righteousness.

- Are incentivized to bury scandals, delay major reforms, and avoid accountability.

- Have nearly zero experience teaching in government schools and cannot triage our major problems listed above.

- Are beholden to their political parties’ pet issues, demands, and narrow scope.

- Often live in high-income brackets, came from strong schools, and are shielded from system injustices.

During an election or cabinet reshuffle, only the highest two officers at the MOE are changed. That's it. Now, they must manage 400,000 public servants where many hold a shameful history of abusing Sabahans, orang asli, Sarawakians, and disenfranchised communities; a Ministry at very high risk for corruption at all levels; extremely few whistleblowers

Value(s) and Belief(s):

Until we end the politicization of education, all other reforms are likely to fail and/or be implemented with safeguards for the corrupt.

Education is not for politicians.

Proposal of Solution:

We must appoint, first by choice and then by law, Ministers of Education that are

1) Both a product of Malaysia’s education system and with at least five years of teaching experience at an MOE school. Borrowing from their children’s experience is simply not enough. Children, unfortunately, do not know 10% of the problems actually hidden inside a bilik guru. Often, well-connected families are placed in Band 1 or Band 2 schools that are exceptionally well-managed, but an ultra-minority. Example career positions that may satisfy the five-year minimum requirement include a former teacher, a former district / state / or national MOE officer, a long-term Teach for Malaysia alumnus. The easiest method is appointment as a Senator.

2) Enters the position with a deep understanding of the corruption, misconduct, lack of oversight, institutional rot, and failures of justice prevalent throughout Malaysia’s education system, from cities to schools. No more Education Ministers “learning on the job”, as our crises are far too acute. Their priorities must first center on removing investigative authority away from the Ministry of Education (KPM) and removing disciplinary authority away from the Education Services Commission (SPP). Both halves have failed our students: the KPM rarely investigates and the SPP almost never disciplines post-investigation. Both departments are the problem; fixing one alone is insufficient. Thus, we also suggest independent investigations *and* independent disciplinary proceedings, i.e., the Public Ombudsman.

3) Focused solely on education for all children within Malaysia’s borders, thus significantly free from racial, religious, and / or ethnic discrimination. Somewhat positive examples include Indonesia, though a work in progress with a dual-track system under the Ministry of Education and Ministry of Religion.

3) Hold no political party at the time of appointment (an Independent Senator) and most preferably has not held any party position in the last five years. Malaysia is full of competent, passionate, and serious educators that have been fighting for justice.

4) Willing to submit and agree to a new law that bans the appointment of future Politician-Education Ministers in future administrations.

Additional Information:

-

Translation

Isu dan Polisi Semasa:

Mengapa pejabat tertinggi dalam sistem pendidikan kita selalu diberikan kepada ahli politik? Secara definisi, seorang MP adalah ahli politik dan Senator kebanyakannya memegang jawatan parti politik pada peringkat tertentu.

Menteri Ahli Politik-Pendidikan seringkali bukan produk daripada sistem kita, dan hanya mampu berbicara bahasa reformasi tanpa keyakinan untuk berkorban demi pembaharuan, dan hanya fokus pada akademik, bukan sekolah. Pakar-pakar akademik sama sekali tidak sesuai untuk krisis pendidikan hari ini yang berpusat pada ketidakadilan sistematik, penyelewengan, rasisme, penyalahgunaan kuasa, kerosakan institusi dan kelalaian. Pakar-pakar akademik tidak memahami masalah kami, oleh itu ketika mereka merayu kepada orang ramai, mereka memberi tumpuan kepada penyelesaian yang sangat rapuh dan/atau bertentangan yang tidak menangani kegagalan struktur (cth., KPM menyiasat KPM = PDRM menyiasat PDRM). Setelah berhadapan, mereka tidak dapat memperjuangkan reformasi mereka yang lemah.

Menteri Ahli Politik-Pendidikan:

- Ingin mencantikkan résumé mereka, mengumpulkan kuasa mereka dan menggunakan pendidikan untuk "menegakkan keadilan".

- Diberi insentif untuk menguburkan skandal, menunda pembaharuan besar dan mengelakkan akauntabiliti.

- Mempunyai sedikit atau tiada pengalaman mengajar di sekolah kerajaan dan tidak dapat menyelami masalah utama kami yang disenaraikan di atas.

- Terikat dengan kewajipan masalah, tuntutan dan skop sempit parti politik mereka.

- Selalunya daripada golongan berpendapatan tinggi, berasal dari sekolah cemerlang dan terlindung daripada ketidakadilan sistem.

Semasa rombakan pilihan raya atau kabinet, hanya dua pegawai tertinggi di MOE yang ditukar. Itu sahaja. Sekarang, mereka mesti menguruskan 400,000 penjawat awam di mana ramai mempunyai sejarah yang memalukan kerana mendera orang-orang Sabah, orang asli, orang Sarawak dan masyarakat terpinggir; sebuah Kementerian yang mempunyai risiko penyelewengan yang sangat tinggi pada semua peringkat; sangat sedikit pemberi maklumat.

Nilai-nilai dan Kepercayaan:

Sehingga kita menamatkan pempolitikan pendidikan, semua pembaharuan lain kemungkinan akan gagal dan/atau dilaksanakan dengan perlindungan untuk yang korup.

Pendidikan bukanlah untuk ahli politik.

Penyelesaian:

Kita mesti melantik, pertama mengikut pilihan dan kemudian mengikut undang-undang, Menteri Pendidikan yang

1) Merupakan produk sistem pendidikan Malaysia dan dengan sekurang-kurangnya lima tahun pengalaman mengajar di sekolah KPM. Meminjam daripada pengalaman anak-anak mereka adalah tidak mencukupi. Anak-anak, malangnya, tidak mengetahui 10% daripada masalah yang sebenarnya tersembunyi di dalam bilik guru. Selalunya, keluarga yang berpengaruh baik ditempatkan di sekolah Band 1 atau Band 2 yang diurus dengan sangat cemerlang, tetapi jumlahnya sangat kecil. Contoh jawatan kerjaya yang dapat memenuhi syarat minimum lima tahun termasuk bekas guru, bekas pegawai KPM daerah / negeri / atau kebangsaan, alumni Teach for Malaysia jangka panjang. Kaedah paling mudah adalah pelantikan sebagai Senator.

2) Menggalas jawatan ini dengan pemahaman yang mendalam tentang korupsi, salah laku, kurangnya pengawasan, kerosakan institusi dan ketidakadilan yang meluas dalam seluruh sistem pendidikan Malaysia, dari bandar-bandar ke sekolah-sekolah. Tiada lagi Menteri Pendidikan yang “belajar sambil bekerja”, kerana krisis kita sudah terlalu parah. Keutamaan mereka haruslah terlebih dahulu memansuhkan kuasa penyiasatan daripada Kementerian Pendidikan (KPM) dan menyingkirkan kuasa tatatertib daripada Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP). Kedua-dua kuasa ini telah mengecewakan para pelajar kita: KPM jarang menyiasat dan SPP hampir tidak pernah mendisiplinkan selepas siasatan tamat. Kedua-dua jabatan adalah masalahnya; membetulkan satu jabatan sahaja tidak mencukupi. Oleh itu, kami juga mencadangkan siasatan bebas *dan* prosiding tatatertib bebas, yakni Ombudsman Awam.

3) Fokus pada pendidikan semata-mata untuk semua anak-anak dalam sempadan Malaysia, dengan ini bebas daripada diskriminasi antara kaum, agama dan / atau etnik. Contoh yang boleh dikatakan positif adalah termasuk Indonesia, walaupun masih sedang berkembang melalui sistem dua landasan di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Agama.

3) Tidak menyertai mana-mana parti politik sewaktu pelantikan (seorang Senator Bebas) dan sebaik-baiknya tidak memegang apa-apa jawatan parti dalam lima tahun lepas. Malaysia mempunyai ramai pendidik yang kompeten, bersemangat dan serius yang telah bertungkus-lumus memperjuangkan keadilan.

4) Bersedia untuk akur dan menerima undang-undang baharu yang melarang pelantikan Menteri Ahli Politik-Pendidikan dalam pentadbiran akan datang.

Informasi Tambahan:

bottom of page