top of page

Transform schools as a place students enjoy learning – A Reset.

By:

Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor

Affiliations:

IKRAM

Policy Code:

3f Education

Problem Statement:

Education system didn’t take into consideration of the diversity of student’s capabilities and instead being opposed to nurturing creativity, throwing them into the rat-race i.e., teaching them that success is only about ‘good’ grades. We have lost the “becomingness” outcome from the education system. Schools promote “fear of failure, fear of being rejected or being disapproved”, thus destroys children’s love of learning, sense of curiosity, creativity and innovativeness. Later as adult, they are afraid to communicate for fear of being judged as not ‘smart’.

Value(s) and Belief(s):

Students must “enjoy and be happy to learn” in schools. Schools have teachers with passion and dedication, knowing The Creator Almighty, exploring nature (human, human relations and the environment), encouraging creativity and innovation, nurturing values (guiding principles), facilitating and solving problems.

Proposal of Solution:

Education system needs schools to be conducive to nurture student’s creativity.
1. Emphasize the importance of using students' interests to immerse them in the learning journey. Recognize and support students with diverse capabilities.
2. Design a learning environment, question-friendly environment and a schedule that encourages play, discovery and useful failure.
3. Find ways to involve parents and the wider community in the students' creative pursuits.
4. Connect problems and their solutions to real-world situations using problem-Based Learning and inquiry learning tools. Supported with new skills, inspired by cross-pollination of ideas.
5. Let students dream about solutions without borders and accomplishment without limitation. Lead them towards imagining what they want as opposed to just what they think is possible.
6. Incorporate “learning” classroom practices with outings to explore and learn from nature and the environment.

Additional Information:

-

Translation

Isu dan Polisi Semasa:

Sistem pendidikan tidak memberi perhatian kepada kepelbagaian kemampuan murid. Bahkan, sistem ini menentang idea yang memupuk kreativiti dan mencampakkan mereka dalam perlumbaan yang merosakkan seperti mengajar mereka bahawa kejayaan itu hanyalah dengan mendapat markah dan gred yang baik. Kita telah kehilangan nilai “kemenjadian” daripada sistem pendidikan. Sekolah telah menanam idea “takut kepada kegagalan, takut ditolak, atau takut tidak dipersetujui”, sekali gus akan menghancurkan kecintaan kanak-kanak terhadap pembelajaran, rasa ingin tahu, kreativiti dan inovasi. Apabila meningkat dewasa, mereka akan takut untuk berkomunikasi kerana takut dianggap sebagai “tidak bijak”.

Nilai-nilai dan Kepercayaan:

Murid mestilah “seronok dan gembira untuk belajar” di sekolah. Sekolah perlu mempunyai guru-guru yang bersemangat dan berdedikasi, mengenal Pencipta yang Maha Kuasa, meneroka alam (manusia, hubungan kemanusiaan, dan persekitaran), mendorong kreativiti dan inovasi, memupuk nilai-nilai (berpandukan prinsip), memudahcara dan menyelesaikan masalah.

Penyelesaian:

Sistem pendidikan memerlukan sekolah-sekolah yang kondusif untuk memupuk kreativiti murid.
1. Menekankan kepentingan untuk menggunakan minat murid bagi melibatkan mereka dalam dunia pembelajaran. Mengiktiraf dan menyokong kepelbagaian kemampuan murid.
2. Mereka bentuk persekitaran pembelajaran, suasana yang mesra soalan, dan jadual yang menggalakkan permainan dan penemuan serta kegagalan yang memberi manfaat.
3. Mencari jalan untuk melibatkan ibu bapa dan komuniti masyarakat dalam memupuk usaha kreativiti murid.
4. Menghubungkait antara masalah dan penyelesaian dengan situasi sebenar menggunakan konsep Pembelajaran Berasaskan Masalah dan pembelajaran melalui inkuiri yang disokong oleh skil-skil baru dan diilhamkan oleh pendebungaan silang idea.
5. Memberi peluang murid berfikir tentang penyelesaian tanpa sempadan dan pencapaian tanpa batasan. Membimbing mereka untuk berimaginasi apa yang mereka mahukan berbanding sekadar apa yang mereka fikir boleh dicapai.
6. Menggabungkan amalan pembelajaran di dalam kelas dengan pembelajaran melalui penerokaan dan belajar daripada alam semula jadi dan persekitaran.

Informasi Tambahan:

bottom of page