top of page

Equity in health care funding

By:

Jeyakumar Devaraj

Affiliations:

Parti Sosialis Malaysia / Peoples Health Forum

Policy Code:

3i Health

Problem Statement:

The competition among countries for investments has led to the decrease of corporate taxes. In Malaysia corporate tax has been reduced from 40% of profits in 1988 to its current 24%. The ASEAN countries are engaged in a race-to-the-bottom with regard to corporate taxes with Singapore at 18%.

The reduced income from corporate taxes has resulted in insufficient funds for expanding the social net in Malaysia and in other ASEAN countries. It has also led to repeated attempts to obtain finds from the general public via a special health tax or a mandatory health insurance.

The problem is that wages in Malaysia are low - only about 1/6 of the wages in Western countries. Many families are struggling to make ends meet. Putting an additional tax on working people would be unjust.

Value(s) and Belief(s):

The current distribution of wealth in Malaysia and in the world is unjust. Far too much is going to the top 1%
There is a need to stop tax evasion and the race-to-the-bottom in corporate tax rates.
There is a need to increase the "social wage" eg subsidised health care

Proposal of Solution:

Reject Health Financing Schemes that rely on contributions by the general public either through an EPF like mandatory contribution or a mandatory health insurance scheme.

The nation should focus more on how we can increase tax income from taxing corporations and the richest sections of society. This might have to be done in conjunction with other countries in international networks like ASEAN, Group of 77, UNCTAD and the UN.

Additional Information:

-

Translation

Isu dan Polisi Semasa:

Persaingan antara negara-negara untuk menarik pelaburan telah menyebabkan ‘race-to-the-bottom’ dalam kadar cukai korporat. Cukai korporat di Malaysia telah dikurangkan dari 40% keuntungan syarikat kepada 24%. Memandangkan kadar cukai korporat di Singapura lebih rendah, iaitu 18% menyebabkan Malaysia merasa tertekan untuk mengurangkan kadar cukai.

Apabila cukai korporat dikurangkan, dana kerajaan untuk membiayai skim-skim kebajikan rakyat akan terjejas dan berkurangan. Ini menyebabkan kerajaan terpaksa mencari alternatif dengan memperkenalkan cukai baharu kepada rakyat Malaysia seperti cukai khas kesihatan atau mewajibkan insurans kesihatan.

Malangnya, gaji di Malaysia adalah rendah, hanya sekitar 1 per 6 daripada gaji di negara-negara barat. Pada masa ini, banyak keluarga yang bergelut untuk hidup berikutan gaji yang tidak cukup untuk menampung kos sara hidup. Adalah tidak adil untuk membebankan mereka dengan satu cukai baharu.

Nilai-nilai dan Kepercayaan:

1. Pada masa ini, pengagihan kekayaan di Malaysia dan dunia adalah tidak adil yang mana terlalu banyak kekayaan dipegang oleh 1% golongan sahaja.
2. Amalan mengelak cukai dan ‘race-to-the-bottom’ dalam cukai korporat mestilah dihentikan.
3. Konsep ‘Gaji Sosial’ perlu digunakan dalam polisi-polisi kerajaan yang mana perkhidmatan asas seperti kesihatan bersubsidi perlu diperluaskan.

Penyelesaian:

1. Menolak sistem pembiayaan kesihatan yang membebankan orang ramai melalui cukai tambahan (seperti GST), skim insurans mandatori atau pengeluaran wang KWSP.
2. Negara perlu mencari jalan untuk meningkatkan cukai korporat dan mengenakan cukai kepada golongan kaya. Ini boleh dilakukan dengan penyertaan secara serius di peringkat ASEAN, G77, UNCTAD, dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Informasi Tambahan:

bottom of page