top of page

Yearly reporting of Child Commissioner (SUHAKAM) in Malaysia to Parliamentary Elect Committee

By:

Sallawahiu Mohd Salleh

Affiliations:

GBM/IKRAM

Policy Code:

2e Child

Problem Statement:

Children’s issues are endemic in Malaysia. We continuously see rising cases of child abuse, neglect, malnourishment, and violence. These issues are amplified with the current COVID-19 pandemic which jeopardies the access to quality education, safety, and wellbeing of children. Statistics have shown in multiplying the number of child neglect and abuse in current years especially during the Movement of Control (MCO).

In 2019, Malaysia has made a progress by appointing The Child Commissioner (SUHAKAM) with the purpose to uphold the rights of children. Thus, proactive reporting to the parliament and public about this effort is crucial.

Value(s) and Belief(s):

There should be a regular update regarding Child’s Rights in Malaysia in accordance with the rectification of the Children Rights Commission (CRC) in Malaysia in 1995. Doing so, it will motivate and encourage proactive intervention from federal, state government, NGO’s and the public to promote and create a cohesive environment and culture for children to grow healthily in Malaysia.

Proposal of Solution:

Yearly reporting of Child Commissioner (SUHAKAM) in Malaysia to Parliamentary Select Committee. Based on this annual report, appropriate actions should be taken to create a positive environment for children in the community which includes children’s safe space, safe school, and child-friendly urban development.

Additional Information:

~

Translation

Isu dan Polisi Semasa:

Isu-isu kanak-kanak adalah endemik di Malaysia. Kita dapat menyaksikan secara berterusan peningkatan kes penderaan, pengabaian, kekurangan zat makanan, dan keganasan terhadap kanak-kanak. Isu-isu ini bertambah buruk dengan ujian pandemik COVID-19 yang turut menjejaskan akses kepada pendidikan berkualiti, dan mengancam keselamatan serta kesihatan kanak-kanak. Kes pengabaian dan penderaan kanak-kanak telah meningkat dengan mendadak terutama ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan. Pada tahun 2019, Malaysia telah melakukan kemajuan dengan melantik Pesuruhjaya Kanak-Kanak, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) bagi tujuan menegakkan hak kanak-kanak. Oleh yang demikian, laporan tahunan secara proaktif kepada parlimen dan orang awam mengenai usaha ini adalah sangat penting.

Nilai-nilai dan Kepercayaan:

Seharusnya ada pemakluman terkini secara berkala mengenai Hak Kanak-Kanak di Malaysia sejajar dengan ratifikasi Suruhanjaya Hak Kanak-Kanak (CRC) di Malaysia pada tahun 1995. Pemakluman ini dapat memberikan motivasi dan mendorong campur tangan secara proaktif daripada kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) serta orang awam untuk mempromosikan malah mewujudkan persekitaran dan budaya yang padu bagi kanak-kanak membesar dengan sihat di Malaysia.

Penyelesaian:

Pelaporan tahunan Pesuruhjaya Kanak-Kanak oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM) kepada Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen.
Berdasarkan laporan tahunan ini, tindakan yang sewajarnya harus diambil untuk mewujudkan persekitaran positif bagi kanak-kanak dalam masyarakat yang merangkumi: ruang selamat kanak-kanak, sekolah yang selamat, serta pembangunan bandar yang mesra kanak-kanak.

Informasi Tambahan:

bottom of page