top of page

Comprehensive legal and policy framework for Refugees and Asylum Seekers

By:

Tham Hui Ying

Affiliations:

Asylum Access Malaysia

Policy Code:

2f3 Refugees and undocumented

Problem Statement:

Malaysia has no legal or administrative framework for the recognition and protection of refugees, and has yet to ratify the 1951 Convention Relating to the Status of Refugees (“Refugee Convention”) or the 1967 Protocol Relating to the Status of Refugees. Without such a framework, refugees are denied legal protection, and are treated as “illegal immigrants'', subjected to arbitrary arrest and detention, and various rights violations. Without access to legal status, refugees cannot access safety or longer-term stability. Many live in poverty and are unable to access basic rights such as access to justice, healthcare, education, and work. Refugee women and children face heightened risk of violence and exploitation. The impact of living in an unsafe discriminatory environment without opportunity indefinitely - is profound. The lack of a consistent policy on refugees in Malaysia has also enabled the government to violate international human rights obligations including the principle of non-refoulement.

Value(s) and Belief(s):

Refugees have fled life-threatening violence and persecution in their home countries to seek safety from harm and should be afforded protection. Malaysia has international human rights obligations towards refugees which should be incorporated into our domestic legal framework to ensure that they are afforded protection and their rights are upheld.

Proposal of Solution:

1. Government to develop a comprehensive legal and policy framework for the management and protection of all refugees and asylum seekers in Malaysia, which includes the right to seek asylum, legal status and the right to stay and enact/amend relevant national laws to incorporate the provisions.

2. Increase cooperation and ensure meaningful engagement with civil society organizations and to create an interagency committee (consisting of both government and key civil society representatives) on governance and protection of refugees. This committee should be formed to make recommendations related to legal and policy reform on refugee protection. They should be accountable and report directly to the Cabinet, who will have the mandate and power to approve any recommendations. Multi-stakeholder technical working groups should then be constituted to address the mechanics of implementation.

3. To exempt all UNHCR-registered refugees and asylum seekers from prosecution and to subsequently release from detention those registered with UNHCR. Then grant temporary legal status to those registered with UNHCR. Enable those currently in detention the right to seek asylum with UNHCR.

4. Ensure accessibility to basic rights such as the right to education and healthcare, right to work, livelihood, housing and access to justice.

Additional Information:

~

Translation

Isu dan Polisi Semasa:

Malaysia tidak mempunyai peruntukan undang-undang atau pentadbiran untuk mengiktiraf dan melindungi hak pelarian. Selain itu, Malaysia masih belum meratifikasikan 1951 Convention Relating to the Status of Refugees (“Refugee Convention”) atau 1967 Protocol Relating to the Status of Refugees (“Protocol”). Tanpa peruntukan tersebut, pelarian dinafikan perlindungan dari segi undang-undang dan dianggap sebagai "pendatang haram". Ini menyebabkan mereka terdedah kepada penangkapan dan penahanan sewenang-wenangnya serta pelbagai pencabulan hak asasi. Tanpa status sah, orang pelarian tidak dapat akses keselamatan ataupun kestabilan secara tempoh panjang. Kebanyakan golongan pelarian tinggal dalam kemiskinan dan tidak dapat akses hak asasi seperti akses kepada keadilan, kesihatan, pendidikan dan kerja. Golongan pelarian wanita dan akan-kanak menghadapi risiko keganasan dan eksploitasi yang tinggi. Kesan berkehidupan dalam keadaan yang bahaya, berdiskriminasi dan tidak berpeluang adalah amat mendalam. Ketiadaan polisi yang konsisten mengenai golongan pelarian di Malaysia telahpun membolehkan kerajaan untuk melanggar obligasi hak asasi manusia antarabangsa termasuk prinsip non-refoulement.

Nilai-nilai dan Kepercayaan:

Orang Pelarian telahpun terpaksa melarikan dirii daripada keganasan dan penganiyaan di negara asal mereka demi mendapati keselamatan dari dan seharusnya diberikan perlindungan. Malaysia mempunyai obligasi hak asasi manusia terhadap golongan pelarian yang seharusnya dimasukkan ke dalam rangka undang-undang tempatan demi memastikan mereka diberikan perlindungan dan hak-hak mereka dikekalkan.

Penyelesaian:

1. Kerajaan mendirikan peruntukan undang-undang dan polisi yang komprehensif untuk pengurusan dan perlindungan semua pelarian dan pemohon suaka di Malaysia, yang termasuk hak memohon suaka, status sah dan hak menetap dan menggubal / meminda undang-undang negara yang berkaitan dengan pelarian untuk memasukkan peruntukan dalam undang-undang tempatan.

2. Meningkatkan kerjasama dan memastikan penglibatan yang bermakna bersama organisasi masyarakat sivil dn menubuhkan sebuah jawatankuasa antara agensi (terdiri daripada kerajaan dan wakil masyarakat penting) untuk mengurus dan mentadbir hal-hal perlindungan pelarian. Jawatankuasa ini perlu ditubuhkan untuk mengemukakan cadangan tentang pembaharuan undang-undang dan dasar polisi mengenai perlindungan pelarian. Mereka perlu amat bertanggungjawab dan melaporkan hal-ehwal terus kepada Kabinet yang akan mempunyai mandat dan kuasa untuk meluluskan apa-apa cadangan yang dikemukakan. Maka pelbagai pihak berkepentingan juga perlu ditubuhkan untuk pelaksanaan hal-hal yang berkaitan.

3. Mengecualikan semua pelarian UNHCR berdaftar dan pemohon suaka daripada pendakwaan dan kemudiannya melepaskan dari tahanan pelarian yang berdaftar dengan UNHCR. Seterusnya, status sah sementara perlu diberikan kepada mereka yang berdaftar dengan UNHCR. Memudahkan orang yang berada dalam tahan untuk memohon suaka dengan UNHCR.

4. Memastikan akses kepada hak asasi seperti hak pendidikan dan kesihatan, hak bekerja, perumahan dan hak keadilan.

Informasi Tambahan:

bottom of page