top of page

Agriculture

Hak Petani untuk Kehidupan Lebih Baik

Oleh:

Gabungan:

Kod Dasar:

Ku Nurasyiqin

-

3l Agriculture

Komponen hak petani perlu diangkat sebagai sebahagian daripada dasar MAFI. Petani kecil memerlukan beberapa sistem sokongan: 1) jaringan keselamatan sosial yang akan menjamin pendapatannya semasa tempoh cuaca buruk atau serangan penyakit dan 2) bantuan extension officer untuk menambahbaik amalan pertanian supaya mendapat hasil yang lebih baik/ pendapatan yang lebih baik. Pada masa yang sama, perlu ada penilaian tentang intergenerational poverty dalam keluarga petani. Penyelesaian bagi masalah kemiskinan adalah kompleks namun perlu dilakukan bagi mengelakkan hal ini daripada terus berpanjangan. Selain itu, kesan langsung daripada pandemik COVID-19 terhadap kehidupan petani juga perlu diambil kira terutamanya terhadap aspek-aspek kehidupan seperti zat makanan, pendidikan, dan kesihatan mental. Secara kolektif, petani perlu memahami hak mereka sebagai petani dan menuntut supaya ia diketengahkan dalam keputusan-keputusan kerajaan.

Hentikan Pengusiran Petani Dan Penternak Kecilan Demi Mengekalkan Pengeluaran Dan Jaminan Makanan Rakyat Malaysia

Oleh:

Gabungan:

Kod Dasar:

Vijayagandi Ramasamy

MARHAEN (PSM)

3l Agriculture

1. Meminta semua Kerajaan Negeri untuk mengumpulkan data terhadap penternak yang sedang usahakan tanah kerajaan dan penternak yang sedang diancam oleh syarikat yang diberi milik tanah terhadap tanah itu dalam 15 tahun yang lalu.
2. Menggubal satu polisi yang membolehkan petani dan penternak kecil meneruskan dengan usaha mengeluarkan makanan. Perkara-perkara seperti berikut harus dibentang dan diputuskan dalam Mesyuarat Majlis Tanah Negara (seperti diperuntukkan dalam Fasal 91 Perlembagaan Malaysia).
3. Moratorium terhadap pengusiran penternak atas alasan ingin membangunkan tanah tersebut untuk tujuan selain daripada penternakan.
4. Kerajaan juga harus mengkaji untuk memberi bantuan dari segi kewangan atau subsidi untuk mengekalkan penternak kecil kecilan ini untuk meneruskan penglibatan mereka untuk memenuhi jaminan makanan.
5. Menyelesaikan masalah antara penternak lembu dan syarikat Sime Darby yang sedang mencuba mengusirkan beberapa ratus penternak kecil daripada ladang-ladang Sime Darby di seluruh Malaysia. Memandangkan kawasan ladang telahpun digunakan sebagai kawasan ragut selama 50 tahun yang lalu tanpa menjejaskan hasil perladangan dan penternak yang bersandar pada ladang-ladang merupakan penyumbang terbesar kepada pengeluaran tenusu dan daging di Malaysia.
6. Jika andaikata tanah atau Kawasan penternakan ini harus diambil atas sebab-sebab kepentingan negara yang lebih mendesak, maka tanah mereka harus digantikan di kawasan lain yang sesuai dengan terma yang munasabah dan masa yang mencukupi.


Jaminan Bekalan Makanan Dan Kedaulatan Makanan

Oleh:

Gabungan:

Kod Dasar:

Fitri Amir

Forum Kedaulaan Makanan Malaysia (FKMM)

3l Agriculture

1. Beri kebebasan kepada petani terhadap benih, input pertanian dan pilihan pasaran. Longgarkan kawalan yang terlalu formal dalam ekosistem pertanian kita. Undang-undang yang mengawal kebebasan petani seperti Akta Kualiti Benih dan Pindaan Akta Perlindungan Varieti Baru Tumbuhan 2004 mesti dihetikan. Begitu juga sistem monopoli bekalan input pertanian dan pasaran produk pertanian samaada oleh pihak agensi atau swasta, mesti juga dihapuskan.

2. Malaysia tidak perlu menyertai perjanjian perdagangan bebas (FTA) yang akan menghapuskan kawalan import produk pertanian kerana ini akan menyebabkan berlaku lambakan produk murah tidak berkualiti dari luar yang akan menjejaskan pasaran tempatan.

3. Ekosistem pertanian mesti decentralized iaitu sebuah ekosistem baharu bersifat lokal mesti diwujudkan. Ini akan mengurangkan kos dan risiko kegagalan logistik terutamanya jika berlaku krisis. FAMA mesti diperkasakan untuk membeli produk petani melalui sistem cold storage di setiap lokaliti dan membantu petani lokal menjual hasil dengan harga yang berpatutan dan dari lokaliti tempatan boleh terus eksport keluar.

4. 'Economic of Scale' boleh dilaksanakan secara terhad melalui penubuhan koperasi atau syarikat lokal yang terhad kepada kawasan berkenaan sahaja. Perlu ada had keluasan ladang supaya tidak berlaku pertanian estet secara besar-besaran yang membawa kepada monooli dan lebih banyak keburukan terhadap alam dan kebajikan petani.

5. Sistem subsidi yang sekarang ini lebih banyak dieksploitasi oleh vendor-vendor perlu ditukar kepada sistem berbentuk bantuan terus kepada petani sebagai contoh, sistem kupon atau kad metrik untuk membeli input-input pertanian.

6. Pihak kerajaan mesti menumpukan bantuan untuk mengangkat usahawan kecil dan sedarhana dalam bidang pertanian untuk mampu bersaing ke peringkat yang lebih tinggi tanpa melibatkan syaikat korporat yang sudah established. Bantuan kerajaan dalam bentuk kawangan atau sokongan terhadap korporat-korporat ini hanya akan membantu mereka meluaskan monopoli yang mana akan merugikan rakyat dalam jangka masa panjang.

Kekalkan Tanah Untuk Pertanian

Oleh:

Gabungan:

Kod Dasar:

Bawani Kanniappan

MARHAEN (PSM)

3l Agriculture

a) Kawasan pertanian bagi bahan-bahan makanan harus dikekalkan. Hanya lebih kurang 10% daripada keluasan tanah yang diguna untuk pertanian di Malaysia digunakan untuk menanam sayur dan buah-buahan. Lebih daripada 80% keluasan tanah pertanian digunakan untuk kelapa sawit, getah dan komoditi yang lain.

b) Jika satu kawasan pertanian amat perlu untuk tujuan lain, satu kawasan sesuai yang sama besar harus diberikan kepada petani kecil yang terlibat sebelum mereka dikehendaki keluar.

c) Petani kecil harus diberi pajakan dengan tempoh 20 tahun supaya mereka ada keyakinan bahawa pelaburan mereka dalam membangunkan tanah itu tidak dimusnahkan oleh pengambilan tanah oleh pihak lain. Pajakan terhadap tanah pertanian harus mengandungi syarat tanah itu hanya boleh digunakan untuk membekalkan bahan-bahan makanan.

d) SOP Kerajaan Negeri berkaitan pelupusan tanah (alienation of land) harus diubahsuai untuk mencerminkan pendekatan yang terkandung dalam perkara (a - c) di atas.

e) Peraturan-Peraturan Tanah Negeri harus ditambah baik dengan mewujudkan satu jawatankuasa untuk memantau pengendalian tanah kerajaan yang digunakan oleh petani kecil.

Kekalkan kawasan pertanian yang menghasilkan makanan

Oleh:

Gabungan:

Kod Dasar:

Tan Tean Chee

Persatuan Pertanian Moden Chemor

3l Agriculture

1. Jaminan makanan termasuk bekalan sayur-sayuran tempatan harus diiktiraf sebagai satu maklamat penting untuk keselamatan dan kesejahteraan rakyat.

2. Kerajaan harus menggubal polisi di mana kawasan tanaman sayur dikekalkan sebagai kawasan menghasil makanan untuk rakyat dan digazet untuk gunatanah ini. Petani yang usahakan tanah ini harus diberi lease panjang (20 tahun) supaya mereka berani melabur dalam menaiktaraf aktiviti penanaman mereka. Petani yang diberi lease tidak boleh menjual tanah ini kepada pihak yang lain. Jika petani terlibat tidak menanam untuk lebih daripada dua tahun, tanah harus diambil balik oleh kerajaan dan diberi lease kepada seorang petani lain yang berminat menanam sayur-sayuran.

3. Undang-undang tanah diubahsuai untuk mewujudkan satu jawatankuasa di perengkat setiap negeri untui memantau pelupusan tanah di negeri itu. Jawatankausa ini mesti ada wakil daripada petani di negeri itu dan mesti mempunyai kuasa untuk membatalkan pelupusan tanah kepada pihak ketiga jika tanah itu merupakan tanah yang sedang dipakai untuk bekalkan sayur-sayuran.

bottom of page