SOCIAL INCLUSION ACT & Establishment of a Social Inclusion Commission

By:

Jayanath Appudurai

Affiliations:

SAYA ANAK BANGSA MALAYSIA [SABM]

Policy Code:

3e Economic Justice

Problem Statement:

• The vision to achieve a just, equitable and inclusive society is enshrined in the Rukunegara proclaimed on the 31st August 1970; and that we are far from realizing the national aspiration set forth in this historic document.

• Almost forty percent of Malaysians are still trapped in the inter-generational cycle of poverty and inequality. Poor and Low-Income households comprising 12 million citizens lack the capability to overcome the multi-dimensional disadvantages they face on a daily basis.
• Vulnerable individuals and groups, citizens and non-citizens alike, continue to encounter prejudice, discrimination and remain marginalized.
• There is an increasing disconnect between our people from the Bottom 40% households with the rest of society. They are trapped in a constellation of disadvantages due to the low asset base that includes low levels of education and skills, poor nutrition and health; and unwholesome living conditions.
• A host of social ills associated with dysfunctional families from this stratum of our society is becoming evident. Increasing rates of substance abuse, delinquency and dropouts, child abuse, crime and mental illnesses, are clear indicators that something is amiss in our beloved nation.

Value(s) and Belief(s):

The rationale for the SIA is the need for a new paradigm that focuses on long term solutions to bring about a socially just and more inclusive society. The overarching reasons for this call to adopt and implement the Social Inclusion Act are:
• The basic needs of all people must be fulfilled in a fair and equitable manner to realize a socially harmonious society that we all aspire to achieve;

• Uplifting the socio-economic status of the disadvantaged members in our society has always been one of the main goals of all development plans;

• Inculcating the spirit of self-reliance, strengthening self-esteem and upholding the dignity of our people are fundamental values enshrined in universal human rights and enjoined by all faiths;

• Providing our less fortunate children the hope and the capability to break the inter- generational cycle of poverty and inequality is imperative; and

• Ensuring that all groups, including migrant workers, refugees and asylum seekers, will be served by a truly inclusive agenda.

Proposal of Solution:

To address the root causes of poverty and marginalization in a non-partisan and dispassionate manner, it is proposed, that;
• An independent Social Inclusion Commission answerable directly to Parliament be established. This Commission would be mandated to have oversight over all matters of poverty reduction, affirmative action and social inclusiveness.

Additional Information:

The draft legislation & related resources can be accessed at link : http://www.sayaanakbangsamalaysia.net/index.php?option=com_content&view=article&id=760:articles-on-the-proposed-social-inclusion-act-2012&catid=43:sabm-initiative&Itemid=56The draft legislation & related resources can be accessed at following link

Translation

Isu dan Polisi Semasa:

● Wawasan untuk mencapai sebuah masyarakat yang adil, saksama dan inklusif telah termaktub di dalam Rukun Negara yang diisytiharkan pada 31 Ogos 1970. Ternyata kita masih jauh daripada merealisasikan aspirasi nasional yang dinyatakan di dalam dokumen bersejarah ini.
● Sehingga kini, hampir 40% rakyat Malaysia masih lagi terperangkap dalam kitaran kemiskinan dan ketidaksetaraan. Sebanyak 12 juta warga Malaysia mempunyai isi rumah yang berpendapatan rendah dan miskin serta tidak mempunyai keupayaan untuk mengatasi kekurangan dan kelemahan yang terpaksa mereka hadapi setiap hari.
● Individu dan kumpulan yang rentan, sama ada warganegara atau bukan warganegara terus menghadapi prejudis, diskriminasi dan kekal terpinggir.
● Terdapat jurang yang besar diantara mereka yang isi rumah berpendapatan rendah iaitu golongan B40 dengan masyarakat kebanyakan lain. Golongan ini terperangkap dalam pelbagai kekurangan berikutan daripada aset asas yang sedikit dimana termasuklah taraf pendidikan dan kemahiran rendah, nutrisi dan kesihatan di tahap lemah; serta persekitaran hidup yang kurang memuaskan.
● Pelbagai gejala sosial yang dikaitkan dengan masalah kepincangan institusi keluarga dalam lapisan masyarakat ini khususnya, kini menjadi kian ketara. Peningkatan kadar penyalahgunaan bahan seperti dadah dan alkohol, keciciran, penderaan kanak-kanak, aktiviti jenayah dan penyakit mental, adalah petunjuk yang jelas bahawa terdapat sesuatu yang tidak kena dalam negara kita.

Nilai-nilai dan Kepercayaan:

Rasional kepada Akta Keterangkuman Sosial (AKS) adalah satu keperluan kepada paradigma baharu yang memfokuskan kepada penyelesaian jangka panjang dalam membangun satu masyarakat adil dan inklusif. Berikut merupakan sebab-sebab utama untuk menerima guna dan melaksanakan AKS:
● Keperluan asas Rakyat harus dipenuhi secara adil dan saksama demi mencapai keharmonian masyarakat;
● Membangun dan memajukan status sosio-ekonomi golongan Rakyat yang kurang bernasib baik sebagai satu matlamat utama dalam semua rancangan pembangunan Negara;
● Menyemai semangat kebergantungan diri, mengukuhkan penghargaan diri dan mendukung maruah Rakyat adalah satu lunas penting yang termaktub dalam hak asasi manusia sejagat serta galakkan daripada semua agama;
● Memberikan harapan kepada kanak-kanak yang kurang bernasib baik bahawa mereka berupaya memutuskan kitaran kemiskinan dan ketidaksetaraan antara generasi adalah imperatif; dan
● Memastikan semua golongan termasuklah pekerja migran, pelarian dan pencari suaka akan diberikan perlindungan melalui satu agenda yang benar-benar inklusif.

Penyelesaian:

Bagi menangani punca permasalahan kemiskinan dan keterpinggiran dengan sikap yang tidak berat sebelah dan objektif, adalah dicadangkan, bahawa:-

● Menubuhkan Suruhanjaya Rangkuman Sosial yang bertanggungjawab secara langsung kepada Parlimen. Suruhanjaya ini diberikan mandat untuk memantau dan mengawasi semua perkara berkaitan pengurangan kemiskinan, keterpinggiran dan keterangkuman sosial.

Informasi Tambahan: