top of page

Pengagihan kuasa pusat dalam sistem pendidikan

By:

Kong Wee Cheng

Affiliations:

United Chinese School Committees’ Association of Malaysia (Dong Zong), The United Chinese School Teachers' Association of Malaysia (Jiao Zong)

Policy Code:

3f Education

Problem Statement:

Pendidikan adalah perkara yang tertakluk dalam bidang kuasa kerajaan persekutuan dalam Perlembagaan Malaysia. Ini mengakibatkan Kementerian Pendidikan mempunyai tanggungjawab yang terlampau besar. Kerajaan negeri dan tempatan kekurangan autonomi dalam membuat keputusan yang berasaskan keperluan pendidikan tempatan.

Value(s) and Belief(s):

Mengikut Kajian Polisi Malaysia UNESCO 2013, terdapat masalah kekurangan koordinasi antara agensi dalam kementerian dan agensi antara kementerian yang menyebabkan pelaksanaan dasar kurang berkesan.

Pemberdayaan kerajaan negeri/tempatan untuk menggubalkan dasar pendidikan tempatan berdasarkan keadaan setempat yang unik boleh memastikan pendidikan lebih memenuhi keperluan penduduk setempat.

Proposal of Solution:

Pengagihan kuasa pendidikan boleh dilakukan mengikut peringkat:

-Kerajaan Persekutuan: menetapkan dasar dan menjalakan kajian.

-Kerajaan Negeri: bertanggungjawab terhadap urus tadbir hal ehwal pendidikan dalam negeri.
-Kerajaan Tempatan: melibatkan pihak berkepentingan seperti ibu-bapa, masyarakat tempatan dalam hal-ehwal pendidikan.

Penubuhan jawatankuasa di setiap peringkat untuk memberikan maklum balas, idea bagi tujuan pembaharuan kepada proses penggubalan dasar dan pelaksanaan.

-Peringkat sekolah:
menubuhkan lembaga pengelola sekolah di sekolah kebangsaan untuk melibatkan ibu bapa dan komuniti tempatan.

Additional Information:

-

Translation

Isu dan Polisi Semasa:

Nilai-nilai dan Kepercayaan:

Penyelesaian:

Informasi Tambahan:

bottom of page