top of page

HENTIKAN PENGUSIRAN PAKSA, PERUMAHAN ALTERNATIF

By:

Parameswary Elumalai

Affiliations:

MARHAEN (PSM)

Policy Code:

3e Economic Justice

Problem Statement:

Kampung-kampung peneroka terutamanya peneroka Bandar kini diancam pengusiran paksa. Kebanyakan kampung-kampung ini sudah wujud lebih 50 tahun dan sudah generasi ke-3 hingga generasi ke-4 menduduki kampung-kampung ini. kebanyakkan peneroka adalah orang-orang kampung, pekerja-pekerja ladang yang datang ke Bandar untuk mencari rezeki. Kebanyakan kampung-kampung peneroka terletak di tanah milik individu, syarikat swasta dan beberapa buah kampung di tanah rezab kerajaan. Dalam tahun 70an dan 80an Ada juga peneroka diberikan tanah oleh kerajaan untuk diusahakan tanaman untuk membantu golongan miskin. Namun apa yang berlaku sekarang adalah kampung-kampung ini berdepan dengan ancaman pengusiran paksa.

Ada di antara kampung-kampung ini diancam perobohan sebelum rumah alternatif mereka dibina. Dalam kes Kampung Jinjang Selatan penduduk setuju untuk menerima tawaran pemaju namun penduduk meminta pihak pemaju untuk membina dulu rumah yang dijanjikan baru berpindah. Ini kerana penduduk takut pemaju akan mungkir janji sepertimana yang berlaku kepada penduduk Kampung Jinjang Selatan Fasa 1, dimana sudah 3 tahun rumah-rumah fasa 1 diroboh namun rumah ganti masih belum dibina.
Ada di antara kampung kampung-kampung ini dirobohkan sebelum rundingan menyeluruh dibuat. Seperti Kampung Paya Jaras, Sungai Buloh Selangor yang telah dirobohkan pada 18hb.September 2019 sebelum rundingan penyelesaian tercapai dan rumah alternative dibina.

Ada juga antara kampung peneroka di tanah milik swasta diancam usir keluar dengan menggunakan Notis Kanun Tanah Negara 425. Dalam kes kampung Peneroka India Pulau Carey, Banting, Notis 425 telah diberikan oleh Pejabat Tanah Daerah Kuala Langat dimana ini adalah satu penyalah gunaan kuasa.

Value(s) and Belief(s):

Penduduk kampung-kampung peneroka sudah hidup sebagai satu komuniti dimana generasi ke 3 dan ke 4 masih menduduki kampung-kampung ini. Rata-rata peneroka bandar bekerja di sekitar bandar –bandar. Ada di antara peneroka Bandar adalah peniaga-peniaga yang memberikan perkhidmatan kepada penghuni-penghuni Bandar. Para peneroka telah meratakan hutan dan mewujudkan kampung-kampung dan hidup sebagai satu komuniti. Mereka adalah antara orang-orang lama yang masih hidup di Bandar-bandar yang pesat membangun. Sumbangan para peneroka kepada kepada pembangunan sesebuah Bandar tidak terhingga namun kini sumbangan dan jasa mereka dipandang rendah dan mereka diusir dari kampung-kampung mereka.

Proposal of Solution:

1. IKTIRAF KAMPUNG PENEROKA

Kami menuntut Kampung-kampung yang sedia ada diiktiraf sebagai Kampung Tradisi dan diberikan geran tanah.

2. RUMAH GANTI RUMAH

Peneroka sememangnya tidak mahu menjadi penghalang kepada sebarang pembangunan yang membawa kebaikkan kepada masyarakat Bandar namun kami tidak mahu disebabkan pembangunan kami ditindas dan diusir keluar tanpa sebarang jaminan untuk hidup. Kami hanya mahukan sebuah tempat tinggal untuk keluarga kami.
Kami menuntut agar komuniti yang dikenalpasti untuk dipindahkan ini harus menerima penempatan alternatif SEBELUM apajua pengusiran dan perobohan rumah dibuat. Samaada perumahan tetap alternative disiapkan dan mereka dipindahkan ataupun sewa yang setimpal dengan keadaan pasaran harus diberikan sehingga rumah tetap mereka siap untuk diduduki. Rumah yang ditawarkan seharusnya berdekatan dengan kampung asal supaya para peneroka ini tidak mengalami masalah ulang alik ke kerja, anak-anak dapat pergi ke sekolah yang sama dan aktiviti sosial dapat diteruskan seperti biasa.

3. GUBAL AKTA - ANTI PENGUSIRAN PAKSA

Mengakui pihak kerajaan dulu dan kini ada menawarkan tanah alternatif kepada beberapa kawasan peneroka bandar tetapi malangnya ia adalah satu perkara ad-hoc yang tidak konsisten dan hanya berdasarkan ‘case by case’. Ini bukanlah satu solusi tetap untuk menyelesaikan masalah kaum peneroka bandar.

Kami mencadangkan agar satu Akta Anti Pengusiran Paksa digubal di peringkat Parlimen dimana setiap kawasan penempatan peneroka bandar yang mengalami pengusiran paksa perlu disediakan sekurang-kurangnya tanah alternatif atau perumahan ganti sebelum disuruh keluar. Akta ini harus dipakaibaca bersama Ordinen 89 atau Akta 425 supaya pihak yang mahukan tanah penempatan peneroka harus melaksanakan peruntukan undang-undang ini sebelum memohon Ordinen 89 atau Akta 425 tersebut.

Langkah ini merupakan satu jaminan habitat untuk rakyat dan peringatan kepada semua pihak bahawa perumahan untuk rakyat adalah satu hak dan bukan keistimewaan.

Translation

Isu dan Polisi Semasa:

Nilai-nilai dan Kepercayaan:

Penyelesaian:

bottom of page