#manifestorakyat2021
Manifesto Rakyat - Mansuh AUKU 1971 dan Pinda Akta 262
By:
Lee Hao Jie
Affiliations:
-
Policy Code:
3f Education
Problem Statement:
Majlis Perwakilan Pelajar atau Kesatuan Mahasiswa sedia ada tidak berfungsi seperti yang sepatutnya akibat terkongkong oleh AUKU 1971. Meskipun luarannya mahasiswa nampak bebas daripada urusan rasmi dan boleh menumpukan perhatian pada pelajaran, namun hakikatnya pelajar yang hanya tahu belajar bukan lagi apa yang diperlukan oleh masyarakat hari ini dan masa depan.
Value(s) and Belief(s):
Hanya dengan memberikan kebebasan kepada mahasiswa untuk menguruskan hal-hal kebajikan demi memastikan kesejahteraan mahasiswa sendiri terjaga bahkan diperkasakan, barulah mahasiswa akan dilatih dan diasah untuk berkhidmat dengan amanah, bersih, cekap dan telus kepada negara kita kelak. Ini juga selaras dengan 10 Lonjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi) termasuk menghasilkan graduan holistik, berciri keusahawanan dan seimbang.
Proposal of Solution:
Mansuhkan AUKU 1971 dan tidak menggubal akta yang mengongkong mahasiswa dalam urusan kebajikan sendiri di universiti termasuk kegiatan mahasiswa, kebebasan bercakap dan bersuara serta berhimpun secara aman dan tanpa senjata.
Pada masa yang sama, Bahagian V Seksyen 26(1) dalam Akta Kesatuan Sekerja 1959 (Akta 262) perlu dipinda untuk memelihara hak mahasiswa untuk menubuhkan Kesatuan Mahasiswa (Student Union) di dalam universiti.
Translation
Isu dan Polisi Semasa:
Nilai-nilai dan Kepercayaan:
Penyelesaian: